Header Ads

Torres mahu pemilik Liverpool George Gillett dan Tom Hicks ditukar

LIVERPOOL: Penyerang Liverpool, Fernando Torres menyuarakan pandangannya dengan menyaran pengurusan sedia ada ditukar bagi menyaingi kelab hebat seperti Manchester United and Chelsea.

Pemain berasal dari Sepanyol tersebut menangkis khabar angin penghijrahannya apabila menandatangani kontrak baru bersama 'The Reds' tetapi mahu pemiliknya George Gillett dan Tom Hicks ditukar dengan serta-merta.


"Kehadiran pemilik baru akan membantu kami untuk lebih bersaing secara kompetitif," kata Torres.

"Saya berharap akan ada orang baru yang mengambilalih Anfield bagi mengukuhkan kewangan dan juga membantu pasukan menjadi lebih kuat."

Liverpool musim ini dilihat kurang aktif semasa pintu perpindahan dibuka dan ura-ura penghijrahan ketua pasukan, Steven Gerrard sebelum bermula musim EPL turut memberi sedikit impak kepada keseluruhan pasukan yang diketuai pengurus baru Roy Hodgson. -PA Sports
Dikuasakan oleh Blogger.