Header Ads

Bantuan hari raya RM500: Najib jeles tengok Lim Guan Eng bagi bonus

WarkahDaily – Kerana jeles tengok Pakatan Rakyat di Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng dapat memberi bonus kepada kakitangannya, maka kerajaan pusat pimpinan Najib terasa tercabar.

Tak nak bagi takut rakyat cakap, PR lagi bagus dari BN. Jadi terpaksalah Najib ‘korek’ mana-mana duit untuk diberikan kepada kakitangannya RM500. Oklah bagi bantuan hari raya tu. Elok juga sebab harga barang sekarang mahal-mahal, subsidi dah ditarik balik oleh kerajaan.

Eh..eh..banyak jugak duit yang diperuntukkan untuk bagi bonus tu ek. Apakah ianya adalah hasil daripada pengurangan subsidi harga barang yang ditarik balik kerajaan baru-baru ini. Kalau ya, memang cerdiklah hangpa.

Hangpa tarik subsidi sebab nak kumpul duit nak bagi bonus kat kakitangan kerajaan. Nampak di mata kasar macam bagus, tapi hamprak rupa-rupa.



Tarik subsidi beri bonus raya

Langkah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM934.65 juta dengan memberi RM500 bonus kepada setiap kakitangan kerajaan wajar dipersoal secara rasional.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, langkah Najib itu seakan tidak selari dengan langkah rasionalisasi subsidi dengan menarik semula subsidi lima komoditi asasi yang bernilai RM750 juta demi mengurangkan beban perbelanjaan kerajaan.

"Bukan saya tidak setuju dengan pemberian ini, saya sokong rakyat diberi bonus, tetapi apa rasional Najib menarik RM750 juta subsidi dan berbelanja RM900 juta untuk bonus," ujarnya di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam, petang ini.

Bagaimanapun, beliau menyokong kakitangan awam, khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana layak menerima bonus tersebut.

Baginya, tindakan Najib yang juga Menteri Kewangan itu seakan suatu tindakan bermotif politik ekoran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan pemberian elaun RM500 kepada kakitangan kerajaan negeri.

"Apakah pemberian itu semata-mata kerana Pulau Pinang bagi bonus, maka dia pun bagi," ujarnya yang juga anggota Lajnah Politik PAS Pusat.

Beliau turut mencabar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya tampil menjelaskan langkah terbaru Najib itu.

Ini kerana, katanya, Khairy merupakan antara pemimpin Umno yang dilihat menonjol menjelaskan tentang rasionalisasi subsidi sebagai alternatif terbaik menangani perbelanjaan defisit yang dialami kerajaan pusat sejak 11 tahun lalu.

Menurutnya, langkah Najib itu sebenarnya berbeza dengan langkah kerajaan Pulau Pinang dan Selangor memberi bonus kepada kakitangan kerajaan negeri masing-masing.

"Pulau Pinang dapat bagi bonus, Selangor dapat bagi bonus disebabkan pengurusan kerajaan yang baik serta perbelanjaan yang berjimat cermat.

"Tetapi, kerajaan federasi (pusat) sendiri pun dah mengaku defisit dengan rasuah dan pembaziran dalam perbelanjaan, dia kata subsidi tidak efisyen, tiba-tiba dia bagi pula," beliau menambah. -HRKH
Dikuasakan oleh Blogger.