Unjuran KDNK disemak semula kepada 6.5 peratus
Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyemak semula keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara kepada 6.5 peratus daripada 5.2 peratus yang diunjurkan sebelum ini.
Pengarah Eksekutifnya Dr Zakariah Abdul Rashid berkata semakan semula pada paras yang lebih tinggi itu adalah berdasarkan pertumbuhan KDNK suku pertama sebanyak 10.1 peratus serta prestasi eksport yang baik.
"Semakan itu juga adalah selari dengan prestasi serantau dan disokong oleh keyakinan perniagaan dan pengguna yang semakin tinggi," katanya kepada pemberita pada seminar penyebaran bersama Asian Development Bank Institut-MIER, di sini pada Khamis.
Untuk suku kedua, Zakariah menjangkakan KDNK berada pada kedudukan yang positif antara 6.5 dan 6.7 peratus berdasarkan KDNK seluruh tahun diunjurkan pada 6.5 peratus.
"Suku kedua mungkin lebih rendah berbanding suku pertama memandangkan kadar data pertumbuhan tahunan eksport dan import menunjukkan pernurunan berbanding suku sebelumnya. Ini akan menarik turun pertumbuhan suku kedua," katanya.
Beliau juga berkata adalah sukar untuk Malaysia mencatat pertumbuhan enam peratus KDNK tahun ini namun ia merupakan cabaran untuk mengekalkan momentum pertumbuhan itu hingga tahun 2020.
Mengenai pelaburan langsung asing (FDI), Zakariah berkata aliran keluar FDI berlaku akibat faktor ekonomi sepertu infrastruktur, kadar tukaran mata wang dan model ekonomi.
Faktor bukan ekonomi seperti politik juga merupakan antara kebimbangan utama pelabur asing dalam memutuskan sama ada melabur modal di Malaysia, katanya.
"Kemasukan FDI pada masa ini kurang dan merupakan cabaran kepada kerajaan, Kita akan melihat sejauh mana insentif yang dijanjikan oleh kerajaan serta persekitaran yang kondusif dapat menarik pelabur asing," katanya.
Mengenai permintaan domestik, Zakariah berkata ia berdaya tahan, selain perbelanjaan isi rumah yang baik serta sentimen pengguna.
Bagaimanapun, pelaburan doemstik termasuk FDI, mengurangkan permintaan domestik, katanya.
"Jika kita dapat meningkatkan pelaburan domestik, permintaan domestik ke atas semua komponen isi rumah dan penggunaan kerajaan selain pelaburan, akan kukuh," katanya.
Satu lagi cara untuk meningkatkan permintaan domestik ialah meningkatkan perbelanjaan perlindungan sosial untuk meningkatkan perbelanjaan pengguna, kata Zakariah dan menambah, Malaysia membelanjakan 3.9 peratus KDNKnya untuk program perlindungan sosial. -Bernama
Pengarah Eksekutifnya Dr Zakariah Abdul Rashid berkata semakan semula pada paras yang lebih tinggi itu adalah berdasarkan pertumbuhan KDNK suku pertama sebanyak 10.1 peratus serta prestasi eksport yang baik."Semakan itu juga adalah selari dengan prestasi serantau dan disokong oleh keyakinan perniagaan dan pengguna yang semakin tinggi," katanya kepada pemberita pada seminar penyebaran bersama Asian Development Bank Institut-MIER, di sini pada Khamis.

Post a Comment