Robinho tolak lamaran kelab Turki kerana mahu bermain di Sepanyol atau Itali
RIO DE JANEIRO: Robinho menolak tawaran rasmi daripada Fenerbahce untuk meninggalkan Manchester City bagi menunggu tawaran kelab Sepanyol dan Itali sebelum tempoh perpindahan ditutup.Robinho, 26, yang tidak sehaluan dengan Roberto Mancini berada dalam bangku simpanan skuad itu sejak kembali dari Santos.
"Dengan rasa hormat kepada bola sepak Turki, saya tidak akan beraksi di sana buat masa ini.
"Buat masa ini hanya Fenerbahce mengemuka tawaran rasmi tetapi saya memutuskan untuk tidak ke sana.
"Ketika ini saya sedang berurusan dengan kelab lain tetapi belum boleh mendedahkannya lagi. Banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam tempoh seminggu. Saya akan terus berada di Eropah, sama ada Sepanyol atau Itali pilihan berikutnya," jelas bekas pemain Real Madrid itu. -D5 Sports
Post a Comment