Header Ads

Robinho mahu kekal bersama Santos

(Robinho ingin kekal bersama Santos selepas membantu kelab itu memenangi
Piala Copa Brasil. -foto Getty)


RIO DE JANEIRO: Robinho menamatkan tempoh pinjamannya selama enam bulan di Santos dengan bangga selepas membantu kelab itu memenangi Piala Copa Brasil dan berharap dapat kekal di negara kelahirannya.

Sekalipun tewas kepada Vitoria, Santos bagaimanapun menang secara agregat 3-2 untuk menjulang gelaran kalah mati itu buat pertama kali sekaligus layak ke saingan Piala Livertadores tahun depan.


Sebelum ini, penyerang tersebut menyatakan dia mahu kekal di Brazil berbanding kembali ke kelab asal, Manchester City selepas berlaku perselisihan faham dengan Roberto Mancini sambil menganggap Santos telah mengembalikan kegembiraan dan faedah buatnya.

Sepanjang tempoh pinjaman, Robinho turut membantu kelab itu memenangi Kejuaraan Paulista, perlawanan pembukaan tirai. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.