Terima kasih 1Malaysia, rakyat didahulukan petrol dinaikkan
Memang sahlah, kerajaan 1Malaysia memang betul-betul utamakan rakyatnya. Mereka utamakan rakyat untuk cekik darah rakyat. Memang betul-betul dahulukan rakyat. Takdak duit je terus cari rakyat. Konon bantu sama-sama hadapi kemelesetan ekonomi.Tidak kira kaya ke, miskin ke, ada duit ke, takdak duit ke, semua terpaksa menanggung hasil kebijaksanaan kerajaan 1Malaysia mentadbir negara dengan ‘mengutip’ duit rakyat secara diam-diam melalui pengumuman kenaikan harga barangan keperluan harian.
Hari ini, kerajaan 1Malaysia telah mengumumkan kenaikan harga petrol, diesel, gas LPG dan gula. Kenaikan itu akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini, lapor Malaysiakini.
Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen. Manakala harga gula pula naik 25 sen, gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram
Berikut adalah harga baru:
- Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
- Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
- Diesel - RM1.75 seliter.
- Gula - RM1.70 sekilogram
- Gas LPG - RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:
- Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
- Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
- Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
Sumber: Malaysiakini.com
Sebelum ini, rakyat kebanyakan akan dapat menduga kenaikan harga barangan jika kerajaan ingin menaikkannya. Tetapi hari ini, semua rakyat termasuk penyokong kuat BN hanya mampu tersipu-sipu dan ada yang marah di atas kenaikan itu. Semuanya tidak dapat menjangka kerajaan menaikkan harga-harga barangan berikut hari ini.
Jika awal-awal lagi rakyat kebanyakan mengetahui hari ini akan dinaikkan harga barang, mungkin ramai akan buat bantahan, mungkin ada yang demonstrasi dan sebagainya. Tapi jika kerajaan menaikkannya secara tiba-tiba, mungkin buat sementara waktu, masalah kerajaan untuk mencari duit selesai.
Betapa hebatnya kerajaan mengalih perhatian rakyat kebanyakan dengan isu-isu lain termasuk penahanan permit akhbar Pakatan Rakyat, tuduhan Anwar sebagai alat CIA dan yang terbaru, membuat provokasi mengajak PAS kerjasama. Itu semua mungkin strategi kerajaan mengelabui buat sementara perhatian rakyat.
Jadi, kerajaan dengan bersahaja dapat menaikkan harga petrol, diesel, gas dan gula tanpa ada bantahan awal.
Najib memberi alasan kenaikan itu kerana kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.
Penjimatan subsidi itu juga kata Najib akan digunakan untuk pembangunan yang membawa faedah kepada rakyat.
Tak habis-habis untuk pembangunan. Berapa banyak faedah yang rakyat golongan pertengahan dan bawahan dapat melalui pembangunan yang dilakukan kerajaan? Berapa ramai rakyat di pendalaman dapat merasai pembangunan yang diwar-warkan Najib tu?
Tahukah Najib, berapa ramai rakyat di pendalaman sana yang terpaksa menanggung kenaikan harga gula tapi tidak dapat mengecapi hasil pengurangan subsidi kerajaan yang bertujuan untuk pembangunan itu. Ada antara mereka yang tidak dapat merasa elektrik di rumah-rumah mereka, bekalan air yang bersih, jalan raya yang baik dan sebagainya.
Jangan hanya memandang di Kuala Lumpur, Johor Bharu dan bandar-bandar besar semata-mata.
Sebelum ini pun, harga minyak dinaikkan kerajaan kerana dakwanya tidak mampu menanggung subsidi yang tinggi disebabkan harga minyak dunia naik. Jadi kerajaan terpaksa kurangkan subsidi tetapi kerajaan berjanji menggunakan wang subsidi yang dikurangkan itu untuk pembaikkan sistem pengangkutan awam.
Tapi sampai hari ini, bagus ke sistem pengangkutan awam kita? Berapa ramai yang terpaksa menunggu begitu lama menunggu bas untuk ke tempat kerja? Bukan itu aje, kita juga terpaksa menempuhi jalan-jalan yang sesak untuk ke tempat kerja.
Jadi mana kebaikan yang rakyat dapat melalui pengurangan subsidi dan dikatakan duit itu untuk pembangunan?
Apakah pembangunan yang dilaung-laungkan itu adalah stadium yang baru sahaja digunakan sekali untuk sukma terus runtuh?
Pembangunan yang diwar-warkan hanyalah retorik semata-mata untuk mengelabui mata rakyat. Sebab pembangunan yang mereka duk jaja tu memberi pulangan yang lumayan kepada kroni-kroni dan kaum kerabat mereka. Habis, siapa yang betul-betul dapat merasa kekayaan negara? Itulah akibat apabila berpemimpinkan pemimpin yang bodoh dan tak pandai menguruskan khazanah negara dengan betul. Pembaziran dilakukan sesuka hati.
Kalau betul-betul kerajaan ingin berjimat dalam perbelanjaan dan mengelak berlakunya defisit fiskal yang besar, bukan sahaja rakyat yang perlu menanggungnya, tetapi pemimpin-pemimpin negara termasuk Perdana Menteri dan menteri-menterinya perlu terlibat sama dengan memotong elaun-elaun yang tidak munasabah yang mereka kecapi.
Apa salahnya menteri-menteri memotong beberapa peratus gaji-gaji mereka yang banyak tu untuk penjimatan wang kerajaan.
Sebelum ini kita dapati di luar negara, para menteri akan bertindak memotong elaun atau gaji dia orang jika negara mereka berhadapan dengan krisis ekonomi seperti Singapura yang mengurangkan gaji menteri dia orang beberapa peratus bagi penjimatan perbelanjaan negara.
Tapi di Malaysia tidak pernah pulak kita mendengarnya, yang kita dengar, gaji menteri naik beberapa peratus. Padahal mereka itu semua ada elaun yang berbagai-bagai termasuk rumah, kereta, pemandu, melancong dan sebagainya.
Sekarang rakyat ingin menunggu kerajaan memberi komitmen yang sama dengan rakyat terhadap masalah ekonomi negara. Jangan hanya dibebani atas bahu rakyat semata-mata tetapi para menteri senang-lenang dengan kemewahan. Duduk rumah besar, pakai kereta besar. Siap boleh tukar-tukar kereta lagi. Kalau melancong, shopping di luar negara, tak payah cakaplah berapa banyak belanjanya. Itu semua duit rakyat yang diamanah untuk kepentingan bersama bukan untuk beberapa kerat pemimpin yang rakus.
Kalau tanya puak-puak biol Umno, depa akan kata, kita kena bantu kerajaan kerana kerajaan takdak duit nak bangunkan negara. Jadi kita kena bersama-sama kerajaan untuk membangunkan negara.
Kepala otak hang! Ambil hang, kena sebijik. Kita je bantu kerajaan tapi kerajaan duk buli kita dengan ‘gula-gula’, ‘candu’ pilihanraya dua tiga ratus ringgit tapi pemimpin hangpa kebas duit rakyat, hangpa tak sedar. –WarkahDaily Online
Post a Comment