Header Ads

Penyerang Belanda, Robin Van Persie bersedia untuk menyinar di aksi final

JOHANNESBURG: Penyerang Belanda, Robin Van Persie sudah bersiap-sedia dan akan menterjemahkan kehebatan sebenarnya pada perlawanan akhir Piala Dunia menentang Sepanyol Ahad ini.

Van Persie yang sering diturunkan berseorangan di posisi penyerang gagal menepati sasarannya apabila hanya sekadar berjaya menjaringkan satu gol berbanding rakan sepasukan Wesley Sneijder yang sudah menyamai rekod jaringan penyerang terbanyak Sepanyol, David Villa.

Meskipun begitu, jurulatih Belanda Bert Van Marwijk tetap yakin akan keupayaan Van Persie serta memuji pemainnya tersebut.

"Prestasi Robin semakin meningkat di dalam setiap perlawanan yang disertainya dan saya masih mempunyai keyakinan akan keupayaannya," kata Van Marwijk.


"Dia akan menterjermahkan aksi sebenarnya nanti."

Barisan kesebelasan pemain Van Marwijk setakat ini tidak mempunyai sebarang masalah besar melanda malahan dua pemainnya Gregory van der Wiel dan Nigel de Jong turut akan kembali semula bersama di dalam skuadnya.

Kejayaan membenam 3-2 Uruguay berjaya mengulangi sejarah manis pada tahun 1974 dan 1978, serta meletak Van Marwijk sebaris jurulatih terhebat seperti Rinus Michels dan Ernst Happel yang pernah membimbing Belanda sebelum ini.

Belanda berjaya mengekalkan rekod kemenangan di dalam 14 perlawanan berturut-turut tetapi ramai pemerhati berpendapat pasukan yang dibimbing Van Marwijk masih kurang mantap berbanding pada masa silam lalu.

Namun, Van Marwijk tetap percaya mereka akan mampu memperbaikinya dan lebih konsisten berbanding sebelum ini.

"Kami berjaya menang di dalam semua perlawanan pada Piala Dunia ini meskipun kadangkala kami agak longlai. Terutamanya apabila gagal memanfaatkan peluang menjaringkan gol," ujar Van Marwijk lagi. -Reuters
Dikuasakan oleh Blogger.