Keputusan separuh akhir Piala Dunia 2010: Uruguay 2 - 3 Belanda
Cape Town: Belanda telah pun menempah tiket ke akhir Piala Dunia 2010 Afrika Selatan awal pagi tadi apabila berjaya menundukkan lawannya Uruguay dengan jaringan 3-2 di Stadium Green Point, Cape Town. Lawan Belanda di peringkat akhir akan diketahui awal pagi esok (8 Julai – 2.30 pagi) samada Sepanyol atau Jerman melalui satu lagi aksi separuh akhir.Separuh masa pertama berkesudahan seri 1-1. Belanda mendahului perlawanan menerusi jaringan Giovanni Van Bronckhorst pada minit ke 18 hasil tendangan jarak jauh terus yang terkena sedikit tiang gol namun bola terus masuk pada bucu kiri gawang Uruguay.
Uruguay terus mencari penyamaan sehingga minit ke 41 menerusi gol Diego Forlan yang membuat sepakan jarak jauh yang cantik terus menewaskan penjaga gawang Belanda. Kedudukan 1-1 berterusan sehingga tamat separuh masa pertama.
Separuh masa kedua bermula, permainan bertukar rentak. Belanda dilihat terus menguasai perlawanan sehingga sekali lagi mendahului 2-1 melalui gol Wesley Sneijder pada minit ke 70. Sneijder dianugerahkan pemain terbaik perlawanan apabila memberi persembahan cemerlang dalam aksi pagi tadi sehingga membawa Belanda ke perlawanan akhir Piala Dunia 2010.
Selang tiga minit perlawanan selepas gol kedua, Belanda terus selesa berada di hadapan apabila Arjen Robben menanduk masuk gol ketiga terus ke gawang Uruguay pada minit ke 73 menjadikan kedudukan 3-1.
Kedudukan 3-1 berterusan sehingga waktu sebenar perlawanan 90 minit tamat, namun dalam masa tambahan, Uruguay menjarakkan kedudukan menjadi 3-2 pada minit ke 92 menerusi jaringan Maximiliano Pereira. -WarkahDaily
Keputusan perlawanan separuh akhir (7 Julai 2010 - 2:30 pagi)
Uruguay
Diego FORLAN (41')
Maximiliano PEREIRA (92')
2 - 3
Belanda
Giovanni VAN BRONCKHORST (18')
Wesley SNEIJDER (70')
Arjen ROBBEN (73')
Jadual perlawanan separuh akhir (8 Julai 2010 - 2:30 pagi)
Jerman
vs
Sepanyol
- Stadium Durban
Post a Comment