Header Ads

Iran batal hukuman rejam seorang wanita yang bersalah kerana berzina

LONDON: Iran telah mengumumkan bahawa seorang wanita yang didapati bersalah kerana berzina tidak akan dihukum rejam sampai mati, menyusuli bantahan antarabangsa, menurut laporan semalam.

Kedutaan Iran di London dalam satu kenyataan berkata, "Menurut maklumat dari pihak berkuasa kehakiman di Iran, wanita itu (Sakineh Mohammadi-Ashtiani) tidak akan dihukum rejam sampai mati, "lapor akhbar Times di Britain.

Namun, kenyataan itu tidak mengatakan sama ada wanita berusia 43 tahun itu akan dibebaskan atau akan dikenakan hukuman gantung, tambah akhbar berkenaan.

Kumpulan hak asasi, Amnesty International, berkata wanita tersebut didapati bersalah pada 2006 atau 2007 dan sebelum ini telah dikenakan hukuman 99 sebatan.

Amerika Syarikat dan Britain telah mempelopori kritikan antarabangsa terhadap hukuman rejam yang bakal dikenakan ke atas Sakineh.

Setiausaha Luar Britain, William Hague, kelmarin menyifatkan hukuman tersebut mirip hukuman 'zaman pertengahan' dan akan 'memeranjatkan dan dikutuk' oleh dunia.

"Saya terkejut dengan laporan mengenai hukuman mati yang hendak dijalankan," kata beliau.

"Saya rasa hukuman rejam sebagai hukuman zaman pertengahan dan ia tidak mempunyai tempat dalam dunia moden. Jika hukuman serupa itu diterus oleh Iran, ia pada pendapat kami menunjukkan satu tindakan yang tidak menghormati hak asasi manusia," tegas beliau.

"Saya rasa jika hukuman itu dijalankan, ia akan memeranjatkan seluruh dunia," tambah beliau.

Di Washington, jurucakap Jabatan Negara, Mark Toner, berkata, "Hukuman rejam mirip satu penderaan. Ia kejam dan tidak dapat diterima. Kami mengutuk keras amalan rejam sebagai satu bentuk hukuman mati melalui penderaan."

Sejumlah orang kenamaan dunia termasuk tokoh politik dan seniman telah menandatangani surat terbuka dalam akhbar Times, mengutuk hukuman yang bakal dijalankan.

Kempen bagi menghentikan hukuman rejam itu, yang dilancarkan Times, turut ditandatangani mantan setiausaha negara Amerika, Condoleezza Rice, tiga mantan menteri luar Britain, dan Presiden Timor Leste, Jose Ramos-Horta.

Pelakon Amerika, Robert De Niro, Robert Redford, dan aktres Perancis Juliette Binoche, turut menurunkan tandatangan mereka. -AFP

WarkahDaily - Apa pendapat orang Umno-BN? Kejam ke? Dalam Islam, bagi seseorang yang dah kahwin tetapi masih lagi berzina, hukumannya rejam.

Islam dah bagi peluang berkahwin, kemudian depa seronok-seronok pulak nak pi berzina. Masa seronok tak hirau bersalah ke tidak tapi masa nak kena hukum, pandai pulak cakap kejam.

Hukuman dalam Islam bukan untuk mendera, tetapi untuk mengajar orang lain supaya menjauhi perzinaan itu. Jika orang bersalah tidak dihukum dengan sepatutnya dan dibebaskan ke, maka orang lain akan mengambil ringan dan tidak kisah akan perkara itu. Mungkin akan berlaku kes kedua, ketiga dan seterusnya.

Dikuasakan oleh Blogger.