1,200 guru wanita hilang pekerjaan di Syria kerana burqa
DAMSYIK: Kira-kira 1,200 guru wanita kehilangan pekerjaan di Syria kerana memakai burqa atau niqab yang menutupi sepenuhnya muka mereka.
Tindakan tersebut dipercayai akibat aduan sesetengah ibu bapa pelajar, kata sebuah kumpulan hak asasi, semalam.
"Menteri Pendidikan Nasional, Encik Ali Saad, bulan lalu mengarahkan pemindahan 1,200 guru yang memakai niqab daripada kementerian pendidikan ke kementerian pentadbiran setempat," kata Presiden Kumpulan Liga bagi Perlindungan Hak Asasi Syria (SLDHR) kepada AFP.
Abdel-Karim Rihawi berkata langkah itu tidak akan menjejas mereka yang memakai tudung di kepala, seperti yang sering dilakukan oleh wanita-wanita di Syria.
"Tidak ada artikel dalam kanun buruh yang mengharamkan wanita daripada menutup muka mereka di tempat kerja," tegas beliau.
Memakai niqab adalah hak yang 'dijamin oleh perjanjian antarabangsa mengenai hak asasi dan oleh perlembagaan Syria'. -AFP
Tindakan tersebut dipercayai akibat aduan sesetengah ibu bapa pelajar, kata sebuah kumpulan hak asasi, semalam."Menteri Pendidikan Nasional, Encik Ali Saad, bulan lalu mengarahkan pemindahan 1,200 guru yang memakai niqab daripada kementerian pendidikan ke kementerian pentadbiran setempat," kata Presiden Kumpulan Liga bagi Perlindungan Hak Asasi Syria (SLDHR) kepada AFP.

Post a Comment