Header Ads

Mourinho diumum sebagai jurulatih baru Real Madrid

MADRID: Real Madrid akhirnya mengumumkan Jose Mourinho sebagai jurulatih baru mereka pada satu sidang media semalam.

Jurulatih dari Portugal itu menandatangani kontrak selama empat tahun bersama kelab gergasi Sepanyol itu selepas perpindahannya dari juara kelab Eropah, Inter Milan.

(MOURINHO diumumkan secara rasmi sebagai jurulatih baru Real di Stadium Santiago Bernabeu semalam.)

"Saya mahu berdepan satu cabaran baru dan Real Madrid adalah satu cabaran yang terbesar dalam hidup saya," kata Mourinho.

"Saya mempunyai keyakinan tinggi terhadap diri saya dan juga kemampuan saya sebagai seorang jurulatih."

Pengarah sukan Real, Jorge Valdano menyambut baik kedatangan Mourinho ke kelab yang pernah muncul juara Eropah sebanyak sembilan kali itu, namun gagal memenangi sebarang trofi pada musim lepas.

"Ia satu penghormatan untuk memiliki salah seorang jurulatih paling berprestij di dunia ini," kata Valdano.

"Kami gembira dengan kehadirannya di sini. Perkara terbaik yang kelab ini lakukan sekarang ialah memastikan Mourinho bersama kami."

Mourinho, 47, yang pernah membimbing Porto dan Chelsea, dilantik sebagai jurulatih baru Real menggantikan Manuel Pellegrini yang dipecat minggu lepas. -Reuters

kredit: Kosmo!
Dikuasakan oleh Blogger.