Header Ads

Keuntungan sebelum cukai Pos Malaysia Bhd turun sebanyak 69.7%

Keuntungan sebelum cukai Pos Malaysia Bhd turun sebanyak 69.7 peratus kepada RM9.418 juta bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac, 2010, daripada RM31.143 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan berkata ini disebabkan terutamanya kerugian susut nilai yang disediakan bagi pelaburan bukan semasa sebanyak RM19.4 juta di mana dalam tahun sebelumnya, kerugian susut nilai RM0.8 juta disediakan bagi sekuriti boleh dipasarkan.

Pos Malaysia juga mencatatkan kerugian ekonomi RM7.9 juta berbanding keuntungan suku yang sama tahun sebelumnya sebanyak RM5 juta berikutan keuntungan operasi bersih tolak cukai terlaras rendah dan Caj Ekonomi tinggi.

Pendapatan kumpulan bagi suku pertama meningkat sebanyak 0.06 peratus kepada RM231.079 juta daripada RM230.926 juta.

Dengan pemulihan ekonomi yang berterusan dan kenaikan tarif yang bakal berlaku seperti yang diumumkan oleh kerajaan, kumpulan itu yakin dengan prestasinya bagi tempoh selebihnya tahun kewangan. -Bernama
Dikuasakan oleh Blogger.