DAP dan NGO berganding dengan PAS kecam judi sukan
KUALA LUMPUR, 2 Jun: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ), yang turut disertai Pemuda DAP dan Parti Keadilan Rakyat, menyasarkan 100,000 orang akan menyertai perhimpunan aman menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, 3 Julai ini.
Setiausaha GMJ Suhaizan Kayat berkata, Pemuda DAP turut menyatakan sokongan kepada usaha membantah kerajaan melesenkan pertaruhan sukan.
“Bagi judi sukan Pemuda DAP menyokong tetapi berhubung judi normal yang lain, mereka berpendapat bahawa ia memerlukan program didikan jangka panjang.
“Usaha kami ini juga mendapat sokongan Angkatan Muda Keadilan,” kata beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini. GMJ ditubuhkan semalam.
“Malah baru-baru ini kerajaan negeri Pulau Pinang juga telah mengambil usaha membatalkan pemberian lesen kepada premis perkhidmatan pertaruhan ... saya melihat ini sebagai sokongan susulan kepada usaha kami,” katanya.
Minggu lalu, kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil keputusan menolak permohonan Ascot Sport Sdn Bhd bagi lesen premis perjudian setelah menimbangkan keburukan dan akibat daripada kegiatan itu terhadap masyarakat.
Ahad lalu, kerajaan Selangor mengumumkan ia tidak akan membenarkan mana-mana premis beroperasi di negeri itu untuk menjalankan aktiviti perjudian atau pertaruhan bola sepak.
Selain Pemuda DAP dan Angkatan Muda Keadilan, GMJ juga disertai oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Persatuan Teras Perpaduan Melayu, Dewan Pemuda Masjid, Angkatan Belia Islam Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia, Satu Nama (Satna), Jemaah Islah Malaysia dan Jamaiy.
Turut sertai ialah Pengerak Belia Tempatan MPK, Budayawan Bertindak, Seniman Paksi Rakyat, Persatuan Anak-anak Peneroka Felda, Nisa Malaysia, Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia, Persatuan Dharma Sakyamuni, Relawan, Pusat Aduan Rakyat Kempas, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia dan Dewan Pemuda Pusat.
Mengulas lanjut, Suhaizan berkata GMJ setakat ini disertai kira-kira 21 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergabung tenaga untuk membantah judi sukan yang dicadangkan kerajaan.
Selain pelancaran kempen, GMJ juga akan menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli Parlimen Malaysia pada 7 Jun ini - mengambil peluang sempena sidang Dewan Rakyat diikuti dengan penyerahan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 23 Jun ini.
GMJ akan memulakan kempen udi sukan di pekarangan kompleks membeli belah Sogo di sini petang Sabtu ini.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Suhaizan Kayat berkata, sesi jelajah akan bermula pada 15 Jun ini sehingga hari kemuncak bantahan pada 3 Julai juga akan diadakan.
“Kita akan memulakan sesi jelajah ini di Wilayah Persekutuan (15 Jun), diikuti Selangor (18 Jun), Terengganu (19 Jun), Kedah dan Pulau Pinang (22 Jun), Perak (23 Jun), Perlis (26 Jun), Johor (27 Jun), Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan (29 Jun).
“Penamat siri jelajah ini pada 2 Julai depan di Kuala Lumpur,” kata beliau. Suhaizan berkata, gerakan tersebut masih dibuka kepada mana-mana NGO dan parti politk yang berminat untuk menyertainya.
Beliau berkata pada kemuncak kempen tersebut iaitu pada 3 Julai, dijangka seramai 100,000 akan menyertai perhimpunan tersebut di ibu negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Gerakan tersebut ditubuhkan bagi menggerakkan rakyat untuk turut sama membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sempena bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung bulan ini. -The Malaysian Insider
Setiausaha GMJ Suhaizan Kayat berkata, Pemuda DAP turut menyatakan sokongan kepada usaha membantah kerajaan melesenkan pertaruhan sukan.“Bagi judi sukan Pemuda DAP menyokong tetapi berhubung judi normal yang lain, mereka berpendapat bahawa ia memerlukan program didikan jangka panjang.

Post a Comment