Header Ads

Tahniah! negara kita sudah jadi hub judi di bawah kerajaan BN

Akhirnya Malaysia sudah jadi negara judi. Walaupun sebelum ini ada kasino dan pusat-pusat judi, tetapi hari ini lagi ditambah dan mendapat pengiktirafan rasmi oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

Semalam, berkonsepkan 1Malaysia, Malaysia boleh, Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan telah meluluskan secara rasmi lesen judi berkaitan bola sepak.

Walaupun menerima banyak bantahan, namun kerajaan BN tetap dengan pendiriannya untuk 'menghalalkan' perjudian dalam kejohanan bola sepak Piala Dunia bulan depan.

Berdasar laporan akhbar Cina, Sin Chew, Dato` Seri Najib selaku Menteri Kewangan telah pun secara rasminya meluluskan lesen perjudian itu.

Mengikut laporan itu, Kumpulan BERJAYA telah diberikan lesen tunggal untuk menjalankan aktiviti perjudian bola sepak itu yang dijangka bermula secara sah pada 11 Jun ini.

Walaupun dikecam hebat, Kerajaan dengan semberono telah membenarkan aktiviti perjudian ini dengan beralasan untuk mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Apa relevannya, nak halang aktiviti perjudian dan pertaruhan haram daripada berleluasa, tapi lagi beri lesen perjudian.

Apakah kerajaan boleh memberi kepastian, selepas membenarkan aktiviti perjudian ini dengan meluluskan lesen judi, maka perjudian secara haram dapat dibendung?

Sebelum ini kenapa ianya tidak boleh dibendung, tambah lagi selepas dibenarkan pula berjudi sekarang, lagilah aktiviti perjudian berleluasa.

Ketika lesen judi dalam permainan bola sepak tidak dibenarkan pun, orang dah berani melakukan perjudian secara haram, tambahkan lagi sekarang, kerajaan BN sudah membenarkanya, lagilah bertambah aktiviti perjudian. Selepas ini, Malaysia akan masuk dalam peta antara negara yangg bebas judi.

Woi! Malu kat negara orang Islam lain. Padahal sebelum ini negara luar telah mengiktiraf kononnya Malaysia negara Islam. Bukan itu saja, Malaysia juga merupakan anggota negara OIC. Malu betul.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

WarkahDaily jawab kepada Awang Adek, apakah kerajaan boleh janji selepas meluluskan lesen perjudian tersebut, kerajaan boleh mengawalkan daripada berlakunya perjudian haram (judi memang dah haramlah bro)?

Boleh jamin ke boleh selesai kegiatan perjudian berleluasa dengan membenarkan judi?

Ketika tiada lesen pun, pihak berkuasa tidak boleh mengawal, inikan lagi ketika lesen dah diluluskan.

Bagi WarkahDaily, kerajaan sepatutnya lebih bersedia dan bersungguh-sungguh dalam membanteras kegiatan judi jika mahu menghalang kegiatan judi daripada berleluasa. Apakah kerajaan BN terlalu lemah untuk mengurus itu semua sehingga 'menyerah kalah' kepada kaki-kaki judi sehingga boleh membenarkan kegiatan perjudian di Malaysia?

Rasionallah sikit. Jangan hanya fikir nak senang diri sendiri dan hanya mahu melepas tangan dalam penguatkuasaan.

Janganlah pula, negara dah kekeringan duit, yang haram pula dicari untuk cover balik duit pengurusan negara. Amatlah malang Malaysia mempunyai pemimpin seperti puak-puak BN.
Dikuasakan oleh Blogger.