Khunsa ditahan kerana memalsukan identiti untuk berkahwin
JAKARTA: Seorang khunsa, 32 tahun, ditahan di Penjara Pondok Bambu, Jakarta Timur, kerana dituduh memalsukan identitinya supaya dapat berkahwin dengan seorang wanita.Alterina Hofan atau lebih dikenali sebagai Alter kini ditahan di penjara berikutan ibu dan bapa pasangannya, Jane Deviyanti, 23 tahun, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Metro Jaya di sini.
Jane ketika ditemui wartawan selepas melawat suaminya di penjara khusus untuk tahanan wanita itu berkata, "Kenapa perlu ditahan suami saya, sedangkan semua dokumen seperti pasport dan kad pengenalan telah dirampas polis, tidak mungkin dia melarikan diri.
"Selama tempoh penyiasatan polis juga, suami saya cukup bekerjasama, jadi saya mendesak supaya suami saya dibebas dengan jaminan", katanya menggunakan penterjemah kerana pekak dan bisu.
Jane Alter yang ditemu bual oleh Detik.com semasa di dalam penjara berkata, dia adalah seorang lelaki sejati dan mengaku memiliki kemaluan lelaki serta berfungsi dengan baik.
"Waktu lahir saya tidak faham kerana tidak ada kemaluan, ketika berusia lima tahun kemaluan lelaki saya mulai tumbuh", katanya.
Menurut Alter, kemaluannya juga berfungsi dengan baik dan mampu mengeluarkan sperma.
"Kalau tak percaya boleh tanya isteri saya", kata lelaki berasal dari Jayapura, Papua itu.
Alter ditahan polis sejak 30 April lalu, setelah ibu bapa isterinya membuat laporan polis kerana mendakwa dia memalsukan identiti jantinanya untuk mengahwini anak mereka.
Menurut Alter, sejak kecil jiwanya memang seorang lelaki, tetapi ibunya sering memakaikannya dengan pakaian perempuan kerana telah melaporkan jantinanya sebagai perempuan.
"Ibu telah menghukum saya sebagai wanita, kerana malu dituduh oleh jiran bahawa saya membuat pembedahan menukar jantina menjadi lelaki", katanya yang berkali-kali meminta ibunya menukarkan identitinya sebagai lelaki pada kad pengenalan tetapi ibunya enggan berbuat demikian.
Akhirnya pada 2006, Alter telah membuat pembedahan membuang buah dadanya dan ibunya bersetuju menukarkan identiti jantinanya di Pejabat Pendaftaran Jayapura, Papua. -Agensi
Post a Comment