Ditemui mati selepas temujanji di Facebook
Ribuan telah menyampaikan simpati kepada seorang remaja Australia di Facebook yang dibunuh seorang lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial.
Mayat Nona Belomesoff (Gambar) ditemui dua hari selepas dia pergi bersama lelaki berkenaan.
Lelaki tersebut berkata kepada Nona yang beliau akan pergi untuk menolong haiwan-haiwan yang mengalami luka-luka, kata polis.
Lelaki yang berusia 20 tahun itu didakwa membunuh Belomesoff di sungai kecil sebelah selatan Sydney.
Penyiasat polis turut menyatakan kes ini memberi pesanan perlunya kewaspadaan apabila menggunakan Facebook.
Belomesoff, 18 tahun, dipercayai menjalin persahabatan dengan Christopher James Dannevig yang menurut polis memuat profil palsu dalam Facebooknya.
Di dalam profilnya dia mengakui bekerja untuk kumpulan pelindung binatang.
Merayu mangsa
Dannevig dilaporkan menawarkan Belomesoff kesempatan untuk bekerja di organisasi itu dan meminta Belomesoff turut serta dalam perkhemahan untuk mencari bintang-bintang yang tercedera di kawasan hutan di sekitar Campbelltown, New South Welsh.
"Dia suka binatang dan melihat ini sebagai kesempatan untuk mencapai cita-citanya," kata saudara lelakinya, Gary.
"Nona mengatakan kalau dia tidak pergi, dia akan kehilangan pekerjaan yang diharapkannya itu," kata Gary. "Jadi, dia ikut saja, dan itulah kali terakhir kami melihat dia."
Ketika Belomesoff tidak pulang, keluarganya menghubungi polis. Polis kemudiannya menemukan mayat remaja itu malam Sabtu lepas.
Sejak dari itu, beberapa kumpulan telah menyampaikan simpati kepada Belomesoff di Facebook.
Di antara ribuan komen, teman-temannya meluahkan rasa terkejut dan sedih atas pembunuhan itu.
"Kasihan, kamu tidak pernah mencapai cita-citamu, kamulah gadis yang paling cantik dan kamu membuat orang tuamu bangga," tulis sellie Gibbons.
Yang lain, Joline Sam, menulis, "Istirahatlah dengan tenang Nona, tak terfikir ada juga orang yang sanggup melakukan perkara itu kepadamu, dan saya ingat ketika mengejar bas bersama-sama kamu setiap petang dari sekolah."
Seorang penyiasat, Russell Oxford yang memimpin penyelidikan ini menyatakan bahawa kes ini merupakan peringatan kepada anak-anak muda tentang bahaya mempercayai orang tak dikenal di laman sosial.
"Laman sosial itu adalah tempat berkumpul para pemangsa dan penipu. Kita sama sekali tak tahu dengan siapa kita telah berbicara," katanya. -BBC
Mayat Nona Belomesoff (Gambar) ditemui dua hari selepas dia pergi bersama lelaki berkenaan.Lelaki tersebut berkata kepada Nona yang beliau akan pergi untuk menolong haiwan-haiwan yang mengalami luka-luka, kata polis.
Lelaki yang berusia 20 tahun itu didakwa membunuh Belomesoff di sungai kecil sebelah selatan Sydney.
Penyiasat polis turut menyatakan kes ini memberi pesanan perlunya kewaspadaan apabila menggunakan Facebook.
Belomesoff, 18 tahun, dipercayai menjalin persahabatan dengan Christopher James Dannevig yang menurut polis memuat profil palsu dalam Facebooknya.
Di dalam profilnya dia mengakui bekerja untuk kumpulan pelindung binatang.
Merayu mangsa
Dannevig dilaporkan menawarkan Belomesoff kesempatan untuk bekerja di organisasi itu dan meminta Belomesoff turut serta dalam perkhemahan untuk mencari bintang-bintang yang tercedera di kawasan hutan di sekitar Campbelltown, New South Welsh.
"Dia suka binatang dan melihat ini sebagai kesempatan untuk mencapai cita-citanya," kata saudara lelakinya, Gary.
"Nona mengatakan kalau dia tidak pergi, dia akan kehilangan pekerjaan yang diharapkannya itu," kata Gary. "Jadi, dia ikut saja, dan itulah kali terakhir kami melihat dia."
Ketika Belomesoff tidak pulang, keluarganya menghubungi polis. Polis kemudiannya menemukan mayat remaja itu malam Sabtu lepas.
Sejak dari itu, beberapa kumpulan telah menyampaikan simpati kepada Belomesoff di Facebook.Di antara ribuan komen, teman-temannya meluahkan rasa terkejut dan sedih atas pembunuhan itu.

Post a Comment