Ditembak selepas didakwa penjenayah, kemudian cover dengan ucapan takziah?
Ucapan takziah masih belum cukup untuk menutup kesilapan dan kezaliman pembunuh Aminulrasyid.
"Malah lebih teruk beliau dituduh sebagai perompak dan penjenayah," tegas Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka dalam blognya.
Beliau dalam kenyataannya mempersoalkan adakah cukup setakat ucapan takziah sedangkan beliau bukan sahaja dibunuh kejam malahan telah difitnah dengan dahsyat dan memalukan.
"Cuba bayangkan apa perasaan ibu dan keluarga Allahyarham. Cukupkah sekadar ucapan takzih?" soal beliau lagi.
Semalam, kabinet telah melahirkan rasa dan mengucapkan takziah kepada keluarga Aminulrasyid Amzah, 15 tahun yang mati ditembak oleh polis peronda. -EraPakatan
"Malah lebih teruk beliau dituduh sebagai perompak dan penjenayah," tegas Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka dalam blognya.Beliau dalam kenyataannya mempersoalkan adakah cukup setakat ucapan takziah sedangkan beliau bukan sahaja dibunuh kejam malahan telah difitnah dengan dahsyat dan memalukan.
"Cuba bayangkan apa perasaan ibu dan keluarga Allahyarham. Cukupkah sekadar ucapan takzih?" soal beliau lagi.
Semalam, kabinet telah melahirkan rasa dan mengucapkan takziah kepada keluarga Aminulrasyid Amzah, 15 tahun yang mati ditembak oleh polis peronda. -EraPakatan
WarkahDaily - Kabinet ucap takziah terhadap pembunuh Aminulrasyid semalam. Cuba perhatikan, sebelum ini, pihak polis ada membuat tuduhan kejadian menembak Amunulrasyid adalah kerana mendakwa remaja itu adalah penjenayah. Jika betul dakwaan polis, kenapa semalam pula selepas bermesyuarat, kabinet telah melahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga Aminulrasyid Amzah.
Jika diamati selama ini, tiada pun kabinet pernah memberi ucapan takziah atau menyatakan kesedihan apabila pihak polis menembak seseorang penjenayah. Tapi bagaimana pula dalam isu Aminulrasyid?
Di sini nampak semacam ada satu usaha untuk menutup kesilapan tindakan polis melakukan tembakan ke atas Aminulrasyid atau pun pihak kerajaan telah memperakui akan kesilapan tindakan anggota polis melepaskan tembakan yang menyebabkan kematian Amunulrasyid.
Apakah tindakan kabinet sudah memadai untuk memadamkan kesilapan polis dan boleh mententeramkan ahli keluarga Aminulrasyid?
Post a Comment