Siap: Khairi herdik kerajaan Najib?
Di sebalik insiden remaja mati ditembak polis di Shah Alam awal pagi kelmarin, Pemuda Umno mempersoalkan kelewatan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguat Kuasa (Siap) walaupun akta berkaitan sudah diwartakan pertengahan tahun lalu.“Di sini Pemuda Umno juga menggesa agar Siap segera ditubuhkan setelah Akta Siap diwartakan pada pertengahan 2009.
“Pemuda Umno ingin mempersoalkan mengapa setelah hampir setahun Parlimen meluluskan rang undang-undang berkenaan, masih belum terdapat sebarang pengumuman tentang tarikh penubuhan suruhanjaya tersebut,” kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar) dalam satu kenyataan ketika pelbagai pihak menimbulkan simpati dan kekesalan ekoran insiden Allahyarham Aminulrasyid Amzah.
Remaja berusia 15 tahun itu dilaporkan ditembak oleh polis ketika didakwa cuba mengundur kenderaan yang dipandunya ke arah anggota polis.
Khairy berpendapat sekiranya Siap ditubuhkan sebelum ini, sudah tentu ia dapat menjalankan siasatan segera berbekalkan peruntukan yang digariskan dalam Akta Siap 2009.
Antara lain, keanggotaan suruhanjaya tidak boleh membabitkan mana-mana individu yang sedang atau pernah berkhidmat selaku pegawai penguat kuasa – ini mampu memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa tiada unsur bias dalam siasatan yang dikendalikan, kata beliau.
Selain itu, kata Ahli Parlimen Rembau ini, sekiranya pihak suruhanjaya mendapati ada kesalahan undang-undang yang diperlakukan oleh anggota penguat kuasa, maka ia perlu merujuk kes kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan susulan, di samping turut mengumumkan hasil siasatannya kepada orang ramai.
“Perkara ini juga dapat menyumbang kepada ketelusan siasatan suruhanjaya dan sebarang tindakan susulan yang diambil berhubung sesuatu kes.
“Apapun, dalam insiden khusus Allahyarham Aminulrasyid, Pemuda Umno berharap agar panel khas yang ditubuhkan tidak akan berkompromi dalam mendukung kebenaran dan akauntabiliti berlunaskan undang-undang dan garis panduan sedia ada,” katanya.
Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional menegaskan bahawa pihaknya sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan pihak polis dalam menjaga keamanan dan ketenteraman awam, di samping meyakini tahap profesionalisme dan integriti anggota-anggotanya.
“Namun, sekiranya siasatan panel tersebut mendapati wujud sebarang unsur salah laku oleh anggota polis terbabit sehingga menyebabkan kehilangan nyawa Allahyarham Aminulrasyid, maka tindakan undang-undang mesti diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab,” katanya lagi. -malaysian insider
WarkahDaily - Marah nampak. Marah tak dapat jadi menteri atau timbalan menteri ke? dah empat orang Najib nak lantik tu.
Kesian, takdak nama dia. Ezam kotak azimat pun boleh dapat. Apa taraf Khairi ni ye.
Patutlah lantang sangat herdik kerajaan Najib.
Post a Comment