Selenggara Perdana V6: Pemilik bengkel dibebaskan dari tuduhan pemalsuan invois
KUALA TERENGGANU, 29 April: Seorang pemilik bengkel kereta dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini Khamis di atas tuduhan memalsukan dokumen tuntutan berhubung penyelenggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu, lebih dua tahun lalu.Hakim Mohamad Khalid Abd Karim membuat keputusan tersebut terhadap Choong Yuen Sang, 49, setelah mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dalam kes tersebut.
Pemilik bengkel di Chendering itu, dekat sini, didakwa memberi invois mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan satu set kotak gear transmisi automatik V6 bernilai RM19,119.91 untuk kereta bernombor pendaftaran TAK 415.
Invois itu didakwa diberikannya kepada Penolong Pegawai Tadbir negeri, Hashim Abdul Rahman di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada 2 Ogos 2007.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Nazrul Nizam Mohamad Zamri manakala tertuduh diwakili oleh peguam V. Rajadevan. -Bernama
WarkahDaily - Aku fikir, pemilik bengkel cuma bersubahat sahaja untuk memalsukan dokumen tuntutan tu, mungkin atas sebab permintaan pelanggannya.
'Tuan punya' keretalah yang perlu disiasat. Mungkin yang meminta melakukan penipuan dokumen adalah 'tuan punya' kereta tu. Sebab nak claim lebih dengan majikan.
Tapi pendakwaan dah lepas, aku takleh nak cakap apa lah. Itu pun cuma andaian aku sahaja secara logik sahaja.
Post a Comment