Header Ads

Najib tidak jawab dengan tepat, bekerjasama ke jika masuk pintu belakang?

Berikut adalah sedutan daripada wawancara TV Bernama bersama Dato` Seri Najib selepas setahun mejadi PM;

Soalan: Sekarang adalah waktu yang sukar kerana mereka memenangi empat negeri. Dan dalam membincangkan Rakyat Didahulukan, adakah kerajaan BN bersedia untuk bekerja dengan kerajaan pembangkang untuk membawa pembangunan kepada orang ramai. Bolehkan Datuk Seri memberi contoh di mana kerajaan pusat dan negeri telah bekerjasama untuk pembangunan masyarakat?

Jawapan: Kerajaan persekutuan telah melaksanakan projek di negeri-negeri di mana BN mengalami kekalahan. Sebagai contoh, projek persekutuan seperti sekolah, klinik dan termasuk klinik 1Malaysia yang telah kita bangunkan di negeri yang dimenangi pihak pembangkang.

Apabila kita mendapat persetujuan bersama, kita tidak ada masalah untuk melaksanakannya untuk masyarakat dan pada asasnya kami mahu berlaku adil. Maksudnya, peruntukan yang tinggi telah diberikan kepada negeri-negeri yang tidak dikuasai oleh BN.


Najib tidak jawab soalan dengan tepat

Semalam dalam wawancaranya dengan TV Bernama, Najib dilihat tidak menjawab dengan tepat persoalan yang diajukan kepada beliau.

Soalan tanya, bersediakan BN bekerja dengan kerajaan Pakatan Rakyat demi kebaikan bersama rakyat yang tinggal di negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Bagi WarkahDaily, walaupun soalan itu lebih tumpu kepada pembangunan untuk rakyat, Namun Najib tidak menjawabnya dengan jawapan yang memuaskan.

Bagi Najib, kerajaan persekutuan (BN) telah melakukan projek-projek pembangunan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Tapi apakah kerajaan persekutuan (BN) bekerjasama dengan kerajaan Pakatan (tuan rumah).

Seorang tukang rumah, tiba-tiba sahaja mahu baiki rumah orang lain. Walaupun rumah orang itu dilihat ‘uzur’, tapi perlu juga kita minta izin tuan rumah untuk membaikinya. Jangan pakai redah sahaja, mentang-mentang kita banyak duit, walaupun duit itu ada juga tuan rumah yang punya (hasil cukai, royalti minyak).

Apakah dipanggil kerjasama jika…

Bekerjasama ke jika dengan sengaja kerajaan persekutuan (BN) tanpa segan silu cuba meletakkan ‘pentadbiran haram’ (JPP) di setiap negeri yang diperintah Pakatan Rakyat sebagai pelaksana projek atau program kerajaan persekutuan yang membabitkan rakyat.

Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sengaja digerakkan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Boleh dikatakan semua projek rakyat di negeri terbabit akan disalurkan kepada JPP, bukannya melalui prosedur yang sah dan telus.

Tidak seperti negeri-negeri lain yang diperintah sendiri oleh BN, mereka ini akan diberi hak untuk mengurus sendiri peruntukan perkapita negeri untuk melaksanakan projek rakyat di negeri masing-masing.

Di negeri Pakatan pula, geran perkapita pun lambat diberi atau tidak diberikan langsung. Bahkan lebih buruk lagi, hasil royalti minyak yang sepatutnya dapat dirasai rakyat Terengganu dan Kelantan pun dinafikan.

Bagi BN, kerajaan yang dipilih oleh rakyat (Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang) tidak berhak untuk mengurus hasil mahsul negeri mereka dan tiada hak untuk menguruskan peruntukan daripada kerajaan pusat.

Itulah sebabnya, dengan ‘perut busuk’ BN pusat, segala duit dan peruntukan yang perlu disalurkan kepada kerajaan negeri tidak diberikan. Mereka akan menyalurkan kepada JPP (jabatan haram) untuk menguruskannya. Seolah-olah diwujudkan ‘kerajaan haram’ dalam kerajaan sah (dipilih rakyat).

Wang royalti yang dituntut kerajaan Kelantan dan Terengganu ketika PAS pun ‘disonglap’ mereka.

Hasutan ‘perut-perut busuk’ pemimpin Umno yang tewas dalam pilihanrayalah yang menyebabkan wang royalti minyak telah ditukar dengan wang ihsan.
Pemimpin Umno ‘berjoli’ dengan wang ihsan

Ketika PAS menang di Terengganu, cepat-cepat pemimpin Umno-BN Terengganu mengadu kepada bosnya di Putrajaya untuk menafikan hak kerajaan Terengganu dan rakyat Terengganu untuk menguruskan sendiri hasil royalti minyak. Ianya timbul selepas mereka kalah dalam pilihanraya dengan alasan, BN Terengganu akan terus bersemadi jika hasil royalti minyak akan terus disalurkan kepada kerajaan PAS.

Maka bersetujulah memanda PM ketika itu dengan ‘hasutan perut busuk’ pemimpin Umno-BN Terengganu ketika itu.

Bila royalti berubah kepada ihsan, maka bermaharajalelalah pemimpin Umno-BN yang diberi hak untuk ‘merompak’ wang royalti. Tak pasal-pasal, pemimpin Umno-BN Terengganu masa tu jadi kaya-raya, dapat rumah besar. Kontraktor-kontraktor ‘jadian’ tumbuh bagaikan cendawan ketika musim hujan.

Songlap sana, songlap sini. Apa nak kisah, keluar duit tidak perlu kepada audit. Jadi bermewahlah kerjanya.

Sekarang pula, menjadi giliran Kelantan akan dimangsakan oleh BN Kelantan. Ramai pemimpin-pemimpin BN Kelantan sudah mula memasang niat untuk jadi jutawan segera dan berumah besar dengan hasil wang ihsan ‘rompakan’.

Betul ke rakyat didahulukan tidak kira negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat seperti yang didakwa oleh Najib? Atau pemimpin Umno yang didahulukan.
Dikuasakan oleh Blogger.