Header Ads

Hasil minyak: Jabatan Perangkaan US$46 bilion sejak 2004, Najib US$147.7 bilion dari 2008, mana satu betul?

KUALA LUMPUR, 28 April: Hanya sebuah medan cari gali minyak yang terletak di luar perairan Kelantan yang mengeluarkan hasil pada masa ini, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Dewan Negara pada Rabu.

Beliau berkata medan itu ialah medan Bumi Selatan yang terletak dalam Blok PM301 bersempadan dengan Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand (MTJDA).

Pengeluaran dari medan Bumi Selatan ini bermula pada Mei 2008 dan hasil jualan gas daripada medan itu sehingga Disember 2009 berjumlah US$147.70 juta," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Senator Mumtaz Md Nawi yang meminta Perdana Menteri menyatakan bilangan telaga minyak yang dicari gali di perairan Kelantan yang berada melebihi tiga batu nautika dan jumlah pendapatan daripadanya.

Najib berkata daripada jumlah pendapatan US$147.70 juta itu, perolehan yang diterima oleh Petronas ialah US$21.31 juta merangkumi royalti, keuntungan dan ses penyelidikan selepas ditolak bayaran kepada kontraktor.

Mumtaz pada sidang media di Lobi Parlimen pula mendesak kerajaan supaya menyatakan jumlah sebenar bilangan medan cari gali minyak yang terdapat di seluruh perairan negeri Kelantan.

Katanya jawapan yang diberikan agak mengelirukan jika dibandingkan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan.

"Ini merupakan satu kekeliruan kerana melalui buku yang kita dapat yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2004 secara jelas menyatakan bahawa untuk pendapatan Sabah, Kelantan dan Terengganu menyumbang kepada 62.5 peratus hasil pengeluaran petroleum dengan pendapatan kasar US$46 bilion.

"Persoalan kita ialah kalau yang rasmi melebihi tiga batu nautika pengeluarannya pada Mei 2008 berjumlah US$147.7 juta, dari manakah angka US$46 bilion yang dibuat sebagai asas kepada statistik Jabatan Perangkaan," katanya.

Beliau berkata perkara itu perlu diperjelaskan bagi memudahkan kerajaan negeri itu membuat tuntutan sebenar royalti yang perlu dibayar oleh kerajaan persekutuan. –Bernama

WarkahDaily – Macamana Jabatan Perangkaan tak boleh ikut cakap Najib ni. Kan dah kantoi. Mana satu betoi, Jabatan Perangkaan ke Najib?

Jabatan Perangkaan kata US$46 bilion sejak dari tahun 2004 lagi, Najib kata US$147.7 juta sejak tahun 2008. Jauh lari tu. Juta dengan bilion, bukan puluh dengan ratus laa.

Jika perincian yang dibuat Jabatan Perangkaan itu betoi, mana pi lagi baki yang masih berbilion-bilion dolar tu. Tak kan dah 4 tahun korang pulun duit tu.

Dikuasakan oleh Blogger.