Header Ads

Ferguson nafi khabar angin beliau ingin bersara

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson, kelmarin menolak segala desas-desus yang menyebut bahawa beliau sedang menimbangkan kemungkinan bersara.

"Saya tidak berhasrat bersara", demikian tegas Ferguson, 68 tahun, yang telah bersama pasukan dari Old Trafford itu selama 23 tahun.

Saya telah berulang kali memberitahu bahawa kedudukan saya dengan pasukan United bergantung pada soal kesihatan saya. Tetapi sehingga kini, saya masih sihat.

"Sebagai pengurus pasukan, saya terpaksa menghadapi pelbagai tekanan dalam meniti kehidupan seharian. Tetapi saya boleh menghadapi cabaran tersebut", kata Ferguson, yang membantu United menggondol tiga kejuaraan pada 1999. -Reuters
Dikuasakan oleh Blogger.