Lebih 5,000 hadir Majlis Dialog Royalti Petroleum bersama Ku Li di Terengganu
Program Dialog Royalti Petroleum yang diadakan di Kuala Terengganu semalam telah dihadiri lebih 5,000 orang penonton. Program itu dianjurkan bersama oleh MAMPAT dan GEGAR iaitu NGO yang memperjuangkan pengembalian royalti.Program yang diadakan di Terengganu Equaestrian Resort (TER) dekat Kuala Ibai malam tadi itu dimulakan dengan Solat Hajat di Masjid Tengku Tengah berhampiran TER selepas Isya’.
Program itu disertai panelis, Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dan telah dirasmikan oleh Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ismail selaki penaung MAMPAT.
Tengku Razaleigh merupakan Ahli Parlimen Gua Musang, Kelantan dan ketua Umno bahagian Gua Musang.
Antara yang turut hadir ialah wakil bekas exco kerajaan PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali, Datuk Abu Bakar Chik, exco kerajaan PAS Kelantan, Datuk Husam Musa.Jangan bawa kes ke mahkamah tapi terus tekan kerajaan agar beri royalti
Tengku Razaleigh yang bertindak sebagai satu-satunyya panelis dalam program dialog itu telah menyuarakan agar tidak membawa kes tuntutan royalti minyak itu ke mahkamah kerana ianya kerja sia-sia kerana sudah dimaklumi dengan kes perampasan kuasa di Perak yang dicampuri mahkamah telah memihak kepada Umno-BN disamping membelakangi hak rakyat.
"Oleh itu, bagi saya ada tiga sahaja cadangan yang praktikal iaitu mencari orang tengah untuk menyelesaikannya, membawa kes ini ke Timbang Tara atau meneruskan sahaja tekanan kepada kerajaan Pusat sebagaimana yang dibuat sekarang".
Beliau juga sanggup menjadi orang tengah untuk menyelesaikan tuntutan itu, "Kalau mahu mencari orang tengah, saya bersedia untuk menjalankan amanah itu jika diminta," kata Kuli.
Solat Hajat
Sebelum program dialog bermula, solat hajat telah diadakan di Masjid Terapung (Masjid Tengku Tengah Zaharah) yang dihadiri hampir 500 jamaah. ia diadakan bertujuan memohon keberkatan dan pengembalian royalti minyak kepada rakyat yang berhak.Solat hajat telah diimamkan oleh Ustaz Zainal Abidin al-Hafiz, bekas Timbalan Mufti kerajaan Terengganu.
Penafian Tengku Razaleigh tidak konsisten memperjuangkan tuntutan royalti
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali telah menafikan suara-suara yang menyatakan Kuli tidak konsisten dalam memperjuangkan tuntutan royalti kerana tidak berbuat demikian ketika tuntutan dibuat kerajaan PAS Terengganu sedikit masa dulu.
Mustafa Ali menempelak suara-suara itu dengan menyatakan bahawa Kuli telah menyatakan kesanggupan menjadi saksi dalam kes saman yang dibuat kerajaan PAS Terengganu terhadap Petronas dan kerajaan pusat.
“Seperti yang diketahui selepas royalti (minyak Terengganu) dirampas dan selepas penerangan diberikan, akhirnya kes ini difailkan di mahkamah.
“Antarnya beberapa orang saksi perlu kita kemukakan dalam kes ini... antara orang yang bersedia untuk menjadi saksi ialah Tengku (Razaleigh) sendiri.
“Jadi sebab itu, saya baru-baru ini telah memberi penjelasan, ada yang mengatakan Tengku (Razaleigh) tidak konsisten... kalau pada tahun 2000 Tengku (Razaleigh) masih bersama Umno, dan sekarang pun masih bersama Umno, dan pada waktu itu isu Kelantan belum lagi timbul.
“Jadi saya hendak menjelaskan isu tidak konsisten tidak timbul kerana Tengku (Razaleigh) telah sedia untuk menjadi saksi (sejak dari tahun 2000),” kata Mustafa dalam penjelasannya menjawab pertanyaan pengacara majlis.
Mustafa juga menjelaskan, Tengku Razaleigh atau Kuli telah bersetuju untuk berkomitmen dalam tuntutan royalti Terengganu semenjak tahun 2000 lagi. Namun hasil kedayusan kerajaan pusat pimpinan Umno-BN yang telah membuat rayuan mahkamah bahawa perbicaraan tidak memerlukan saksi.
Berkemungkinan kerajaan takut berhadapan dengan saksi yang terdiri daripada Tengku Razaleigh sendiri. Mahkamah telah bersetuju dengan rayuan itu, maka Tengku Razaleigh tidak dapat menjadi saksi seperti yang telah dirancang.
Post a Comment