Apa pandangan mufti Perak dengan fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi
Siapa Tan Sri Harussani berbanding Dr Yusuf al-Qaradawi (gambar) ? Tindakan Harussani yang juga mufti Perak dilihat semakin membias kepada Umno-BN sejak akhir-akhir ini. Konon Islam telah mengajak umatnya menolong orang zalim dan orang yang dizalimi. Tetapi tidak pula diteruskan maksud hadis itu, bagaimana menolong orang yang zalim itu. Apakah menolong orang zalim dengan mengekalkan kuasanya untuk terus berlaku kezaliman atau menolong orang zalim itu dengan menolong untuk memberhentikan kezaliman yang dilakukan?Namun, mufti Perak itu masih lagi 'menyayangi' Umno dengan mengajak PAS membentuk kerajaan Perpaduan bersama dengan Umno.
Yang terbaru, VCD "Fatwa Mutakhir Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim", terbitan Women's Institute of Research Development dan Advancement (WIRDA) diedarkan secara percuma.
Dalam VCD itu, Dr Yusof Al-Qaradawi telah membawa hujah al-Quran dan Hadis serta alasan-alasan beliau mengeluarkan fatwa berkaitan isu fitnah Anwar daripda konco-konco Umno-BN, bahawa sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung maka hukumnya adalah "munafik".
"Ini bukan soal PAS, atau PKR, tetapi ini soal akidah dan akhlak. Beliau berkata kepada saya, bahawa beliau bertanggungjawab di akhirat kelak (dengan fatwanya)," kata Anwar.
Apa pendapat Tan Sri Mufti Perak pulak? Masih lagikah Tan Sri ingin bersekongkol dengan kumpulan yang dimaksudkan itu?Rasanya Tan Sri lebih arif dalam perkara ini, jika tidak, tak kan pula dilantik menjadi mufti kan.
Post a Comment