Tokong terbakar: Wahid Endut, adalah pemimpin Islam paling awal hadir
KUALA TERENGGANU: Sebahagian To’Kong Tien Hou Kong, yang terletak di Kampung Cina disini telah terbakar kira-kira jam 8.45 malam, semalam 22 Februari.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, adalah pemimpin Islam yang paling awal hadir setelah mendapat berita mengenai tragedi tersebut.
”Saya dimaklumkan lebih kurang pukul 9, ada satu kebakaran (di To’kong Kampung Cina), saya berkejar (dari satu majlis) kita ada program tadi,
”bila dimaklumkan (oleh pihak Bomba) mereka datang untuk menyelamatkan tapi tak dapat berbuat apa-apa kerana pintu (To’kong) berkunci,”kata beliau ketika ditemui media selepas masuk ke dalam To’kong dan mendengar laporan awal dari pihak Bomba.
Menurutnya, beliau diberitahu, penjaga To’kong yang memegang kunci tersebut keluar untuk makan malam,
Sehubungan itu beliau berkata, punca kebakaran masih belum diketahui kerana ia masih disiasat.
Namun, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu yakin, tidak ada unsur khianat yang menyebabkan berlakunya kebakaran tersebut.
”Jadi, punca sebenar masih belum diketahui, yang saya bimbangnya, takut ada unsur khianat, tapi tidak ada, pasal dia (polis dan bomba) check (periksa) di (bahagian) luar To’ Kong tidak ada (kesan unsur khianat),”jelasnya.
Oleh itu, beliau berkata kebakaran tersebut mungkin disebabkan oleh api pembakaran colok yang merebak dari luar, atau mungkin disebabkan oleh litar pintas.
”Mungkin dari situ (pembakaran colok) ia merebak secara senyap-senyap atau akibat litar pintas,”kata Wahid.
Justeru, beliau berharap tidak ada pihak yang mengambil kesempatan dan menuduh pihak-pihak tertentu yang menyebabkan kebakaran tersebut.
To’kong Tien Hou Kong adalah dianggap bersejarah kerana ia dilaporkan telah dibina pada tahun 1896.
Ia juga dianggap bersejarah kerana mencatatkan sketsa yang menyedihkan, dimana beberapa orang Melayu ‘berselepoh’ menadah tangan dihadapannya. - Buletin online
WDO: Tindakan cepat Wahid Endut itu telah memberi tamparan hebat kepada pengkritik-pengkritik Pemimpin PAS Terengganu selama ini kononnya PAS Terengganu lembab. Tetapi blogger-blogger celaka dan golongan yang mendakwa diri mereka PAS reform, tidak pula menghebohkan perkara ini. Sama perangai mereka ini dengan Utusan Meloya, Berita Hairan yang sentiasa 'menggelapkan' berita-berita berkenaan Pakatan. Terang lagi nyata siapa sebenarnya yang berperangai Umno dan siapa pejuang demi jamaah.
Post a Comment