Header Ads

Penyebaran dakyah membenci umat Islam di Indonesia, bagaimana di Malaysia?

Sekarang ini di Malaysia, semua pihak bercakap berkenaan isu nama Allah selepas pihak akhbar The Herald telah mendapat kebenaran daripada pihak mahkamah untuk menggunakan nama Allah dalam penulisan mereka.

Sehingga kini, isu itu dilihat telah dipolitikkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan parti perkauman. Dalam diam-diam, ada pihak cuba mengapi-apikan isu ini sehingga berlakunya beberapa buah gereja dilempar bom oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Namun, kami tidak mahu berbicara panjang akan perihal di negara ini.

Dalam artikel kali ini, kami cuba melangkaui daripada glokal kepada global. Bukan jauh pun ingin direntasi, bahkan hanya bersebelahan jiran tetangga kita iaitu Indonesia.

Indonesia merupakan negara yang mempunyai penduduk beragama Islam paling ramai di dunia dan secara matematik, kepimpinan pun adalah daripada yang beragama Islam.

Sebentar tadi, kami cuba merentasi sempadan melalui carian internet berkenaan berita dunia Islam dan memilih satu laman yang membicarakan tentang berita dunia Islam (laman dari Indonesia).

Kita di Malaysia bercakap tentang nama Allah dan yang terburuk tentang pengeboman beberapa gereja ketika ini.

Di Indonesia pula lain ceritanya, orang Islam di sana sedang berhadapan penyebaran fitnah terhadap Islam. Gerakan cuba menghina Nabi Muhammad SAW sebagai pembunuh.

Penyebaran fitnah berkenaan dengan Islam itu cuba disebarkan melalui web, blog dan sebagainya. Yang lebih ketara melalui web dan blog. Sehinggakan ada orang Islam yang bertanggungjawab dan faham tentang penggunaan internet cuba menyekat kemaraan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk cuba memurtadkan orang Islam di sana dengan menyenaraikan beberapa laman web dan blog berkaitan supaya orang Islam di sana boleh berjaga-jaga. Begitu banyak laman yang berkaitan.

Mereka sengaja menggunakan nama Islam pada web dan blog mereka agar dapat mengelabui mata masyarakat Islam.

Kumpulan yang cuba memporak perandakan kefahaman orang Islam ini telah mendakwa mereka ini sebagai orang Islam sebelum ini telah tersedar daripada ditipu oleh Islam dan begitu berani menggelarkan diri mereka dengan golongan murtad. Kononnya sekarang ini, mereka cuba menyelamatkan manusia daripada ditipu Islam sambil menggelar Islam adalam kumpulan gengster yang tidak bermoral.

Banyak dakwaan dan fitnah yang cuba diungkap oleh golongan yang cuba memurtadkan orang Islam di sana dan begitu berani menyiarkan karikatur nabi Muhammad SAW dan menghina nabi dan umat Islam.

Blog-blog ini diadakan bertujuan untuk menyebarkan kebencian terhadap Islam dan meresahkan masyarakat Indonesia terhadap Islam.

Para blogger Islam di sana cuba memintas penyebaran dakyah songsang ini daripada terus berleluasa. Mereka seolah-olah sedang 'berperang' di alam maya untuk mempertahankan Islam.

Selain mengharap pemerhatian pemerintah yang tak kunjung tiba walaupun dari kalangan seagama.

Tujuan kami menyiarkan artikel ini kerana ingin berkongsi dan memberikan kesedaran secara bersama agar kita lebih berhati-hati selepas ini berkaitan usaha pihak yang ingin memurtadkan orang Islam.

Bagaimana di negara kita Malaysia, adakah ia seumpama di Indonesia? Menjadi tanggungjawab kita bersama yang pandai ilmu berkaitan internet agar tidak hanya berhibur semata-mata namun bangkit cuba mempertahankan kesucian Islam yang cuba dirobek oleh musuh-musuh Islam.

Kita harus bangkit sendiri menyekat perkara ini daripada terus meresap di Malaysia dengan sewenang-wenangnya kerana pihak bertanggungjawab (kerajaan) dilihat bersikap acuh tak acuh dalam perkara agama. Mereka hanya memikirkan kepentingan politik dan kekayaan peribadi mereka semata-mata.

Yang paling dibimbangi, adakah ianya sudah berleluasa di Malaysia sama seperti di Indonesia? Maka, marilah kita sama-sama membongkarnya agar masyarakat di luar sana tahu gerakan penyebaran fitnah terhadap kesucian Islam begitu berbahaya.

Hati-hati kita semua.
Dikuasakan oleh Blogger.