Header Ads

Islam tertegak apabila berada dipuncak (ketua)

Dakwaan menyatakan PAS "tamak kuasa" amat keterlaluan. Sebab asas perjuangan PAS tidak lari daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Sejarah Rasulullah telah menunjukkan kepada kita bagaimana perjalanan tertegaknnya negara Islam pertama di Madinah. Jika bukan kerana inginkan Islam di atas (kuasa), maka tidaklah Rasulullah dan para sahabatnya bersusah payah utk berhijrah ke Madinah.

Zaman sekarang, Islam akan dipandang lekeh jika tiada kuasa. Islam dipandang sepi oleh masyarakat kerana tidak nampak akan keberkesanan pemerintahan Islam.

Jika ingin dakwah kita berkesan dan dipandang orang lain, maka perlu kita menjadi penerajunya. Bukan kerana "tamak kuasa" tetapi ingin Islam ditegak dengan jayanya. Segala isi kandungan Islam dapat dilaksanakan tanpa ada bantahan atau dipandang lekeh oleh kelompok tertentu yang sememangnya tidak suka dengan sistem Islam.

Kenapa Rasulullah berhijrah ke Madinah utk tubuh negara Islam? Kenapa tidak terus tubuh di Mekah yang merupakan pusat berkumpulnya manusia? Kenapa payah pergi ke Madinah, bukan ke boleh cuba dengan pembinaan negara Islam Mekah.

Begitu juga sekarang, Islam perlu dinaikkan melalui kuasa selain drpd pertolongan Allah. Zaman sekarang, jika Islam berada di atas, baharulah orang sekeliling akan memberi perhatian kepada Islam.

Bagaimana kita mahu menunjuk kecantikan Islam kepada masyarakat umum tidak kira musuh atau kawan, melainkan kita mesti ada "tapak" iaitu kuasa sebagai ketua yg boleh mencaturkan perjalanan kuasa itu mengikut acuan Islam.

Itulah sebabnya Rasulullah berhijrah ke Madinah utk tegakkan negara Islam padahal di Makah pun baginda sudah pun ditawarkan sebagai ketua, pemimpin dan harta. Melalui ketua yang ditawarkan itu, boleh baginda menegakkan negara Islam.

Tetapi Rasulullah tidak menerimanya kerana baginda tahu Islam tidak berkuasa. Jika sedemikian berlaku, bagaimana Islam ingin dikembangkan dan ingin dijadikan model.

Baginda merasakan jika menerima tawaran itu, Islam tidak dapat ditegakkan dengan sepenuhnya. Mungkin Islam hanya sebagai agama rasmi bukan amalan. Mungkin Islam hanya di Masjid tetapi tidak dalam muamalah kehidupan seharian seperti politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Itulah sebab “Al-Islâmu ya'lu walâ yu 'la 'alaih”. Jadi sekiranya inginkan tertegaknya Islam, maka haruslah kita mengangkatnya di atas (ketua). Maka ketika itulah, kita boleh menunjukkan kepada masyarakat samaada kawan atau musuh akan cantiknya Islam.
Dikuasakan oleh Blogger.