Header Ads

Penerangan "Unity Government"


Oleh: MRK albanjari (17 June 2009)

Pada tanggal 03 June 2009, jam lebih kurang 10.30 pagi saya bersama rombongan ahli kariah al-Muttaqin berkunjung hormat ke kediaman YB Dato seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, (TGHH ) di kediamanya di Rusila Marang Terengganu. Kunjungan kami ke rumah TGHH itu sebagai tanda hormat kepada seorang tokoh Ulama’ dan Pemimpin Utama Gerakan Islam Malaysia sesudah kami berehat dan berkampung selama 2 malam di Pulau Kapas bagi memenuhi taqwim aktiviti tahunan kami.

Dalam pertemuan selama lebih kurang 1 jam itu pelbagai isu dan nasihat yang diutarakan oleh TGHH disamping kami dapat mengajukan beberapa soalan kepada TGHH. Saya sendiri yang mengutarakan soalan kepada TGHH mengenai 'Unity Government' atau Kerajaan Perpaduan ini. Dengan gaya bersahaja dan tampak bersungguh TGHH menerangkan kepada kami mengenai UG ini.

Apa yang dapat saya kongsikan sedikit mengenai UG ini yang saya dengar sendiri penjelasan panjang lebar dari TGHH dalam keadaan fizikal saya yang waras dan kini pula sedang menulis pun saya masih berada dalam keadaan waras mental dan fizikal saya. TGHH menerangkan kepada kami ; 'Unity Government' bukan bermaksud untuk membawa PAS masuk kedalam BN atau berkahwin dengan UMNO!!! UG yang dimaksudkan oleh TGHH ialah satu lontaran idea untuk menubuhkan kerajaan perpaduan tanpa pembangkang dan semua parti politik duduk sebagai kerajaan dengan di dominasi oleh pemimpin Melayu yang kebetulan menjadi majority terbanyak dalam Parlimen. Idea ini juga jelas TGHH hanya releven semasa zaman Pak Lah memimpin kerajaan pusat dahulu dan kini ia sudah tidak releven lagi pada zaman Najib sebagai PM. TGHH juga menjelaskan idea ini juga telah diterima oleh Pak Lah namun Pak Lah tidak berani untuk melaksanakanya bahkan Pak Lah juga takut untuk membuka mulut mengenainya.

TGHH juga menyatakan dengan tegas bahawa diperingkat PAS ia terlalu sukar difahami ahli-ahli dan pimpinan PAS kerana sejarah lampau yang pernah dilalui oleh PAS dalam Perikatan dan TGHH menyatakan bahawa idea ini juga sudah tidak berguna lagi dan tiada lagi perbahasan untuknya kerana di peringkat pemimpin dan ahli-ahli PAS telah menolaknya.

Jelas TGHH lagi, mereka tidak faham akan idea gagasan ini sedangkan pimpinan tertinggi negara seperti yang saya nyatakan diatas telah membuka mata dan menyokongnya, maka tiada lagi lah kenyataan dan lontaran dari pihaknya dibuat. “ saya baru lontarkan pendapat tapi ahli dah geger(riuh rendah) ” kata TGHH sedangkan mereka tidak faham, malah saya dikritik dengan kritikan yang sangat dahsyat, tambahnya lagi.

Gagasan UG ini sebenarnya satu gandingan mantap semua pimpinan tertinggi semua parti untuk memacu Negara dan meletakan Negara dalam keadaan yang lebih baik, meletakan kuasa mahkamah, Polis, SPR dan sebagainya di bawah Perlimen untuk mereka menjalankan tugas mereka dengan lebih baik dan efisen lagi tanpa ada ganguan dari mana-mana pihak yang berkepentingan seperti yang berlaku sekarang dan ia akan dapat mengurangkan lagi indeks rasuah yang semakin hari semakin melebar dan indeks penyalahgunaan kuasa yang semakin meningkat.

Saya juga bertanya, apakah isu UG ini akan dimasukan dalam agenda khas muktamar yang akan berlangsung 2 hari lagi? TIDAK !! kata TGHH. Dan TGHH menyatakan ia tidak termasuk dalam agenda muktamar dan saya kata TGHH sudah tidak mahu lagi bercakap mengenainya dan terpulang kepada perwakilan untuk mengutarakan dan membahaskanya. “ tutup buku !! “ dan biarlah satu hari nanti mereka menilai sendiri idea ini.

Memang sekarang mereka tidak melihat kebaikannya tetapi TGHH menaruh keyakinan bahawa pada masa hadapan ia adalah jalan terbaik kepada Negara kita. Tiba-tiba ia menjadi bom jangka yang meletup dalam muktamar dan berterusan sehingga kini. Pelbagai andaian dan persepsi dibuat mengenainya sehingga saya lihat PAS sudah menuju kehancuran bila para pemimpinya sendiri bertelagah dan pihak musuh terlalu gembira apabila pergeseran ini yang kelihatan seperti pergeseran diantara TGHH dengan Tuan Guru Nik Aziz.

Malah rakyat telah mula dan sedang menilai bahawa pergeseran ini adalah satu tanda kehancuran PAS yang lebih dahsyat, mungkin sebagai penamat kepada karier TGHH sebagai Presiden PAS dan sebagai ahli politik. Selain isu UG ni banyak lagi persoalan yang kami bangkitkan dalam pertemuan ini dan banyak perkara yang kami pelajari dan fahami namun sekarang ni orang ramai terlalu banyak bercakap mengenainya dan terlalu banyak pihak yang menyerang TGHH maka saya tampil untuk berkongsi sedikit input yang saya perolehi terus dari TGHH ini.

Bagi saya dan kawan-kawan yang mendengar sendiri penjelasan TGHH dari lidah beliau sendiri, maka kami sejak awal2 lagi telah pun mempersetankan sahaja segala tohmahan dan komentar yang berkaitan dengan UG ini kerana kami sudah pun mendapatkan “key” (faham) kepada isu ini dan kami sangat berpuas hati.

Nasihat saya kepada semua pihak yang dok rajin sangat membuat komentar yang bukan-bukan tu agar bertemu dan ambilah penjelasan terus dari TGHH ni jangan dok komen benda yang mereka sendiri tak faham. Sekali lagi saya tegaskan seperti yang ditegaskan oleh TGHH bahawa idea UG ni bukan bermaksud untuk membawa PAS masuk UMNO atau BN. PAS akan terus bersama dalam PR dan berusaha untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Lupakah kita tentang prinsip WALA' dalam jamaah yang kita dukungi ini? Wallahualam.

Petikan sumber: http://politikbanjar.blogspot.com
Dikuasakan oleh Blogger.