Fesyen hina Islam: Berdosakah ‘ulamak muda’ Umno jika tidak tegur bini Najib?
WarkahDaily – Islam adalah agama yang suci dan sememangnya sudah diiktiraf oleh Allah SWT sebagai agama yang diredhai-Nya. Kesucian Islam telah pun dijaga oleh Allah dengan penurunan Al-Quran yang diutuskan kepada Nabi SAW sebagai Rasul yang mengajak manusia ke arah kebaikan.Nabi Muhammad SAW merupakan pembawa risalah bagi umat manusia akhir zaman sehingga hari ini. Sesudah kewafatan nabi, kesucian Islam terus dijaga oleh umat baginda. Sehingga syiar Islam terus-menerus berkibar serata pelusuk dunia.
Bagaimana sahabat Rasulullah ketika berperang, di mana bendera Islam dipegang erat melambangkan keutuhan dan kesuciannya. Bila tangan kanan terkena pedang, tangan kiri pula menyambut bendera Islam, bila tangan kiri terkena pedang, dipeluk pula dengan pangkal lengan yang terkena pedang musuh sehinggalah gugur syahid. Namun bendera Islam tidak terus tumbang, ianya disambut oleh sahabat lain yang terus mengibarkan bendera Islam. Di sana sangat jelas menunjukkan kesucian Islam itu sendiri amatlah perlu dijaga.
9 Ogos lepas, satu penghinaan ke atas umat Islam apabila satu Festival Busana Muslim telah diadakan di Monte Carlo. Pada festival berkenaan, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai pada dada salah seorang model fesyen yang tidak menutup aurat.Malahan lebih mengejutkan, penaung kepada festival berkenaan ialah tidak lain tidak bukan isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor.
Bagaimana seorang yang menganggap dirinya wanita pertama Malaysia yang mengaku beragama Islam tetapi tidak sensitif dengan penghinaan yang berlaku dalam festival berkenaan.
Lapor Malaysiakini, bekas Mufti Perlis, Dr Asri menyatakan, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti itu kerana ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia.
“Apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan.
“Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim,” katanya.
Bagi penulis, biarlah buat sementara waktu bagi wanita yang perasan dengan gelaran ‘first lady’ tu sebab secara sah memang dia tu jahil agama. Tengok pakaiannya pun dah tahu.
Sekarang yang menjadi persoalan, kepada cerdik pandai agama yang bersungguh sangat mengwar-warkan penyertaan mereka ke dalam Umno tempoh hari konon ingin mengislamkan Umno. Apakah anda dah melakukannya?
Bertanggungjawabkah anda dengan penyertaan anda ke dalam Umno yang mempunyai pemimpin yang tidak sensitif dengan isteri yang terlibat dengan festival fesyen menghina Nabi Muhammad dan Islam? Malahan bertindak sebagai penaung bagi pertunjukkan fesyen yang jelas menghina umat Islam keseluruhannya.
Tergamakkah anda berdiam diri dengan kejadian yang sungguh memalukan ini? Di manakah amanah anda terhadap agama anda dalam perkara ini? Gentarkah anda dengan ketua anda?
Post a Comment