Header Ads

Status halal bagi hotel di Malaysia

Berdasarkan laporan Jabatan Agama Islam Islam Selangor (Jais) pada tahun 2007, hanya lima hotel yang mengemukakan permohonan persijilan halal dalam urusan pengendalian premis dan penyediaan makanan halal. Hanya empat daripadanya berjaya melepasi kriteria yang ditetapkan. Sebaliknya, lebih 20 hotel yang beroperasi di negeri itu masih tidak memohon untuk mendapatkan sijil halal.

Mengikut apa yang dinyatakan oleh pihak berwajib, kebanyakan pihak pengusaha hotel tidak berminat untuk mendapatkan pengiktirafan sijil halal dengan pihak berkuasa agama kerana menganggapkan tidak penting.

Disebabkan sikap tidak mengambil berat itulah, umat Islam di Malaysia menjadi mangsa keadaan demikian. Bagaimana status kedudukan demikian. Bagaimana penyediaan makanan atau tahap kesucian hotel terhadap orang Islam yang menginap di hotel-hotel.

Tanggungjawab ini hendaklah dikendalikan secepat mungkin supaya ianya tidaklah menjadi kesulitan kepada pelacong beragama Islam untuk memilih penginapan atau memilih makanan.
Dikuasakan oleh Blogger.