Kenapa GPMS diam je dengan isu PPSMI
Asalkan tak lawan bos, semuanya boleh. Biarpun boleh meruntuhkan bangsa dan bahasa. Sepatutnya GPMS boleh bersama-sama pejuang bahasa ibunda termasuk Sasterawan Negara dalam menasihatkan Kerajaan BN untuk membatalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Kalau betul-betul ikhlas memperjuangkan bangsa dan bahasa Melayu, turun bersama-sama dengan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) untuk memartabatkan bahasa Melayu. Jangan hanya melalak sahaja pejuang bangsa Melayu tetapi bersekongkol dengan pemusnah bahasa Melayu.
Berdasarkan kajian, berapa ramai anak bangsa Melayu tidak dapat mengikuti pelajaran Sains dan Matematik kerana tidak faham dengan pengajaran guru dalam bahasa Inggeris. Pada asalnya murid minat dengan matapelajaran Sains atau Matematik, tetapi berubah minat apabila ianya diajar dalam bahasa yang mereka tidak fahami.
Ikhlaskah kita kalau kita hanya berjuang semata-mata untuk menjaga periuk nasi kita, menjaga kepentingan kita, menjaga pangkat kita tetapi bangsa Melayu kita ntah kemana tidak dihiraukan.
Berjuang sebahagian dan abaikan sebahagian yang lain. Kalau berjuang pun hanya sekadar melepas batuk di tangga. Bila umat Melayu mundur barulah hendak berbincang sana, berdemo sana sini dan sebagainya.
Sepatutnya GPMS boleh berusaha lebih daripada NGO lain kerana GPMS ada hubungan dengan kerajaan. Fikir-fikirkan lah untuk anak bangsa bukan untuk kantung sendiri sahaja.

Post a Comment