Kenaikan Tol: Ditangguh, bukan dibatalkan

Baru-baru ini negara digemparkan dengan pengumuman kerajaan BN untuk menaikkan bayaran tol untuk 5 lebuhraya. Semua lapisan masyarakat tak kira rakyat daif, pemimpin Pakatan Rakyat, pemimpin BN dan NGO, semuanya lantang bersuara membantah kenaikan harga tol di 5 lebuhraya seperti diumumkan oleh Menteri Kerjaraya.
Belum sempat lagi ianya terlaksana, Perdana Menteri membuat pengumuman kenaikan tol ditangguh kerana sekarang masalah ekonomi melanda negara kita dan dalam masa yang sama mengajak rakyat membantu kerajaan BN berhadapan dengan masalah ekonomi itu.
" Kluk Klek", cakap orang Terengganu masa PRK Parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini, bertepatan dengan apa keputusan Kerajaan BN. Apa tidaknya, keputusan penting dalam menguruskan negara hanya seperti bermain pondok-pondok. Sekejap A sekejap B sekejap C.
Kerajaan negara, bukan kerajaan pondok-pondok. Tak berfikir sebelum buat keputusan. Padahal pergi mesyuarat kabinet untuk buat dasar kerajaan dapat elaun. keputusan mesyuarat hanya bertahan 2, 3 hari sahaja kemudian ubah keputusan lain. Membazirnya duit rakyat.
Berbalik kepada isu kenaikan tol, berdasrkan keputusan yang dibuat oleh kerajaan BN, ianya telah ditangguhkan sementara. Perkataan TANGGUH itu adalah berhenti sementara waktu, namun akan berlaku juga kenaikan tol untuk masa lain. Keinginan rakyat ialah tiada kenaikan tol, bukan tangguh.
Rakyat jangan tertipu dengan gula-gula pilihanraya kecil yang akan datang. BN takut dengan penolakan rakyat dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan datang menjadi alasan kenapa kenaikan tol ditangguh.
Post a Comment