Header Ads

Siapa yang bersalah sebenarnya?

Sejak akhir-akhir ini, kita dikejutkan bermacam-macam masalah yang melanda negara kita. Tuduhan liwat, rasuah, khalwat, curi duit rakyat dan yang terakhir yang sedang diperkatakan sekarang ialah gambar bogel seorang exco kerajaan Pakatan Rakyat tersebar luas.

Malunya kita dengan negara lain yang melihat kejelikan perangai orang Malaysia. Kononnya kita ini adalah negara Islam. Contoh kepada negara Islam lain bahkan kepada negara bukan Islam. Itu katanya.

Demi kepentingan periuk nasi yang tidak kekal sampai mati itu, apa sahaja dilakukan asalkan matlamat memerah harta benda hak orang lain tercapai apabila kuasa ditangan.

Berbalik kepada isu terkini yang berlaku iaitu tersiarnya gambar bogel seorang exco yang bukan beragama Islam daripada kerajaan Pakatan Rakyat. Berdasarkan pengakuan daripada tuan empunya diri, beliau menegaskan bahawa telah dianiayai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang keuntungan sementara sehinggakan sanggup melepaskan jawatan exconya jika ia diminta. Jika perletakan jawatan itu betul-betul berlaku, siapakan yang paling gembira? Tepuk dada tanya selera.

Habis pasal pengumuman tuan empunya diri pasal isu berkenaan (yang semua sudah maklum), kita berbalik pula kepada siapa yang patut dipersalahkan. Kita tidak perlu menghukum dahulu sebelum dibicarakan. Tunggu dan lihat apa tindakan pihak berkuasa.

Namun disini perlu dianalisiskan rentetan peristiwa itu. Secara logiknya, rumah (hakmilik sendiri) adalah tempat peribadi seseorang, tambah-tambah lagi dengan bilik sebagai tempat tidur atau bilik air sebagai tempat mandi. Semuanya menjadi tempat privasi seseorang. Jadi apa yang berlaku disebalik tempat yang disebutkan tadi menjadi rahsia individu itu.

Orang lain tiada hak untuk mencampuri apa yang tuan empunya diri buat dirumahnya atau biliknya. Lebih-lebih lagi kalau sesuatu yang terlalu sulit seperti cara empunya diri tidur, cara empunya diri berpakaian dan sebagainya. Dalam Islam pun, cara berpakaian dalam rumah tidak sama dengan di luar rumah. Jika dalam rumah sendiri, seseorang itu dibenarkan untuk membuka tudungnya jika tiada orang asing dalam rumahnya.

Jika sekiranya ada orang asing yang tidak dibenarkan masuk tiba-tiba mengintai atau curi-curi masuk untuk melihat aurat penghuni rumah tersebut lalu ditangkap gambarnya untuk sebaran dan sebagainya, maka siapa yang bersalah? Adakah penghuni rumah yang membuka tudung yang bersalah atau orang yang tidak diundang itu bersalah? Fikirkanlah perkara ini dengan fikiran yang waras. Tetapi jika di luar rumah, wajib (orang Islam) menutup aurat. Jika tidak menutup aurat di luar rumah, barulah orang yang membuka aurat itu bersalah dan tidak bermoral.

Samalah dengan isu gambar bogel yang hangat diperkatakan itu. Jika sekiranya gambarnya diambil tanpa dia sedari semasa tidur kemudian orang yang mengambil gambar itu menyebarkannya. Jadi siapa yang bersalah? Adakah orang yang tidur yang gambarnya diambil secara tidak bertanggungjawab itu bersalah atau orang yang mencerobohi privasinya yang bersalah? Bersama-samalah kita fikirkan.

Jika kita betul-betul ikhlas, maka fikirkan lah perkara demi anak bangsa kita di masa akan datang. Bukan kerana perut kita yang tak pandai nak berfikir samada dah penuh atau tidak. Gunakan akal yang diberikan Allah untuk berfikir secara waras.

Wahai orang yang mengaku Islam, jangan rosak kemulian Islam itu pada mata orang bukan Islam. Tunjukkan kemulian dan keadilan Islam itu kepada semua supaya tanggungjawab kita sebagai khalifah yang telah dilantik oleh Allah semasa kita membuat perjanjian dengan Allah ketika roh kita hendak dicampak ke dalam rahim ibu kita. Jangan kita mungkiri janji kita dengan Allah.

Semua makhluk tidak sanggup menerima tanggungjawab melainkan hanya manusia yang sanggup menerima amanah menjadi khalifah di muka bumi ini. Fakir-fikirkanlah.
Dikuasakan oleh Blogger.