Facebook Twitter Google RSS

Sunday, 7 April 2013

Ahmad Said kembali berdepan musuh lama?

WM Network     Sunday, April 07, 2013  No comments

Hariankini.com – Kisah 2009 mungkin kembali menerjah politik Umno-BN Terengganu apabila '10 YB' daripada ‘team’ Datuk Seri Idris Jusoh dengan secara terbuka memboikot pelantikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said kerana tidak berpuas hati YB Kijal itu ‘merampas’ hak bosnya sebagai ketua eksekutif negeri minyak itu.

Menjelang Pilihanraya Umum (PRU) ke-13, nama MB kontroversi Terengganu itu dilaporkan tiada dalam senarai calon bertanding. Namun secara pantas ianya dinafikan oleh Ahmad Said sambil menyatakan beliau sendiri sebagai ketua perhubungan Umno-BN yang menyenaraikan nama calon, sudah tentu namanya ada.

Ahmad dalam kenyataannya bahawa beliau akan mempertahan kerusinya di Dun Kijal, Kemaman yang dimenanginya dalam PRU-12 lalu sekali gus menafikan ‘khabar angin’ kononnya namanya tersisih dalam PRU-13.

Persoalannya, siapakah yang cuba menyebar ‘khabar angin’ itu? Masakan pokok boleh bergoyang jika anginnya tidak ada.

Bunyinya macam biasa tapi mungkin kisah silam, penolakan 10 YB Umno terhadap Ahmad serta krisis ‘SMS ugut bunuh’ yang mengakibat bekas setiausaha politik mantan MB ditahan dan dibicara di mahkamah ada perkaitan.

Khabarnya, ‘team’ Ketua Umno-BN Besut cuba ‘mengambil’ kembali apa yang ‘dirampas’ oleh Ahmad Said sebelum ini. Antara caranya ialah cubaan mencicirkan nama YB Kijal itu daripada senarai nama calon PRU-13.

Sabotaj dan ‘cas keting’ dalam Umno-BN adalah perkara biasa. Sudah tentu ada perancangan rapi semenjak 2009 sedang dirancang bagi membalas dendam yang belum tertunai.

Akibat bimbang disabotaj buat kali kedua menjelang PRU, Ahmad Said terpaksa mengeluar kenyataan awal memintas khabar angin yang dibuat bahawa beliau akan kekal bertanding di Kijal sebagai usaha berjaga-jaga.

Sebelum ini, dikhabarkan pihak Umno-BN pusat cuba mencaturkan nama Ahmad Said sebagai calon parlimen bagi meredakan keadaan antara ‘team’ Idris dan kerusi MB Terengganu cuba diberi kepada muka baru yang dirasakan boleh menjadi orang tengah antara ‘team’ Idris dan ‘team’ Ahmad Said.

--Hariankini.com

WM Network


Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Ut odio. Nam sed est. Nam a risus et est iaculis adipiscing. Vestibulum ante ipsum faucibus luctus et ultrices.
View all posts by Naveed →

0 comments :

Latest Stories

Dunia

dunia

Blogroll New

Text Widget

Recent news

About Us

Proudly Powered by Blogger.