Web Blog

Sahabat

Tags

    Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

Supports

Pengunjung

[Video] Pengganas Umno serang ceramah Pakatan Rakyat

Diterbitkan oleh: Admin
Ahad, Disember 09, 2012

Oleh: Jalan Pulang

Seakan direstui pucuk pimpinan Umno yang terdesak mempertahankan kuasa dalam perhimpunan agung parti itu, sekumpulan pemuda dipercayai ahli silat bertindak mengganggu ceramah Pakatan Rakyat sempena Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak, Selangor pada minggu lepas.

[Tonton video keganasan sekumpulan pengganas Umno di bawah]


Hasilnya, seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera ditusuk benda tajam dipercayai menggunakan sebilah kerambit, senjata tradisional yang hampir tidak lagi digunakan sejak pengenalan pistol dan mesingan oleh British sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Selain itu, sebelum ceramah diadakan, beberapa objek dipercayai batu dan buah kelapa tua turut dilempar dari kawasan ahli Umno tersebut berkumpul menyebabkan seorang lagi cedera di bahu terkena buah kelapa tua dalam keadaan kecoh ketika itu.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang berang dengan situasi tersebut meminta supaya penyokong Pakatan Rakyat supaya bersabar dan tidak membalas provokasi yang dilakukan puak Umno yang diketuai anak seorang guru silat terkenal di daerah itu.


Polis Simpanan Persekutuan (FRU) yang dikerah mengawal tempat kejadian diarah supaya mendisiplinkan ahli Umno yang bertindak kasar mengepung tapak ceramah yang diadakan di Dataran Salehuddin itu.

Apakah kejadian ini sengaja dilakukan ekoran ucapan berbau ugutan yang dikeluarkan ketua wanita mereka, Shahrizat Jalil yang seolah berdendam dengan pemimpin Pakatan Rakyat kerana hilang jawatan menteri kabinet, padahal orang Umno sendiri yang membocorkan maklumat berkaitan skandal membabitkan keluarganya?

Difahamkan kesemua penyokong yang cedera malam tadi akan membuat laporan polis meminta supaya insiden memalukan ini disiasat polis secepat mungkin dan mereka yang terlibat diheret ke muka pengadilan.

Saksikan antara paparan kejadian serangan berdarah malam tadi yang dihadiri hampir 15,000 orang itu.

Video Umno ganas



Lagi gambar berkaitan keganasan Umno di Gombak

Posted by Admin on Ahad, Disember 09, 2012. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response.

Iklan Banner post

Click For Latest KL Server Promotion Dana Pembangunan SRIBU

Leave a reply

Arkib Blog

Iklan Skyscraper

Advertisement

Iklan 1

Artikel berkaitan

Label