Kerajaan PR Selangor berjaya selamatkan RM100 juta

Posted by Admin on Ahad, 25 November 2012 | 0 ulasan


Amalan tender terbuka yang diamalkan Kerajaan Negeri berjaya menjimatkan dana perbelanjaan Selangor sebanyak RM102, 206, 460.

Menteri Besar yang juga Adun Ijok, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jumlah ini adalah kira-kira 19 peratus melalui sejumlah 63 projek dan tender yang diluluskan.

“Jumlah penjimatan itu meliputi tawaran untuk semua kerja-kerja perolehan dan pembangunan Kerajaan Negeri Selangor.

“Prinsip tender terbuka ini memberi pulangan baik kepada rakyat iaitu ‘value for money’,” jelas beliau ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Adun Kampung Tunku, Lau Weng San.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan perbendaharaan negeri juga membenarkan amalan rundingan terus bagi memenuhi keperluan projek-projek tertentu.

“Contohnya, rundingan terus boleh diadakan dalam kes mendesak yang mana jika tidak diadakan akan membawa kemudaratan seperti kes banjir,” ujarnya.

Mengulas soalan tambahan mengenai kegagalan projek akibat harga tender yang terlalu rendah, Abdul Khalid menafikan perkara tersebut.

“Peratus kegagalan projek antara amalan rundingan terus dan tender terbuka tiada beza.

“Jadi, tender rendah bukan alasan menyebabkan kegagalan,” tegas beliau.

--Harakahdaily.net



0 ulasan for "Kerajaan PR Selangor berjaya selamatkan RM100 juta"

Leave a reply

Subscription

You can subscribe by e-mail to receive news updates and breaking stories.

Tag Cloud

AFC Cup (16) agama (22) automotif (35) badminton (38) bersih (46) bola sepak (92) dunia (453) ekonomi (193) EPL (53) extra (1) feature (20) gadgets (13) highlight (9) La Liga (6) lain-lain (103) Liga Juara-Juara (18) Liga M (145) LTdL (11) Motorspot (14) NahasMH17 (14) opinion (48) Piala Malaysia (20) PialaDunia (24) politik (1521) prk hulu selangor (84) prn-sarawak (39) rencana (30) santai (42) SEA Games (8) sihat (19) sukan (574) teknologi (36) terkini (21) thomas uber cup (18) umum (1111) wilayah (309)

Recent News

Archives