Lazada Malaysia

Proton Artiga lebih garang dan sporty


WarkahDaily – Ketika ramai memandang kepada jentera hebat dari luar, Proton telah mencuri tumpuan para peminat kereta berkonsep sporty apabila menyertai pameran Tokyo Auto Salon 2012 yang berlangsung pada 13, 14 & 15 Januari 2012 di Jepun dengan bersandarkan jentera barunya, Proton Artiga Concept yang tampak lebih sporty dan garang.

Artiga dipasang dengan enjin 1.6 liter DOHC 16V Supercharged tampak lebih bertenaga dan berkuasa di jalan raya dan sesuai dengan gaya penampilan lebih muda dan ranggi.


Namun, ia sekadar kereta konsep yang belum dapat kepastian, apakah ia bakal dipasarkan di pasaran atau sekadar konsep semata-mata.

Jika Proton mengambil keputusan untuk memasarkannya, penulis WarkahDaily (WD) dapat merasakan, peminat kereta jenama tempatan talaan sport seperti R3 yang digandingkan dengan Proton akan mempunyai pilihan selain jentera Neo R3 yang berada di pasaran.

Klik gambar untuk zoom atau paparan lebih jelas











--WARKAHDAILY

Related News
Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

Leave a Reply