Pelik! Dr Rugayah pernah ‘dipecat’ sebagai TNC UTHM tapi kini dilantik TNC UPNM

Posted by Admin on Jumaat, 17 Februari 2012 | 1 ulasan


WarkahDaily -- Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa terkejut dengan perlantikan Professor Dr Rugayah Mohamed sebagai Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik dan Pengantarabangsaan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Menurut Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Al-Hiss, Dr Rugayah pernah menyandang TNC (Penyelidikan dan Innovasi) di Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), namun perkhidmatannya terpaksa ditamatkan pada awal Februari 2012 yang lalu.

Menurut sumber, Dr Rugayah dikatakan telah mengheret pentadbiran UTHM ke mahkamah dan perbicaraan akan dibaca pada 29 Mac ini, kata Raja Ahmad dalam satu kenyataan yang diemailkan kepada WarkahDaily (WD), hari ini.

“Kes ini dijangka akan dibicarakan selama lima (5) hari mulai 29 Mac 2012 hingga 3 April 2012 dengan seramai 13 orang staf di subpeana termasuk Mantan Naib Canselor UTHM Dato’ Professor Ismail Bakar,” beritahu Raja Ahmad (gambar).

Kenapa dilantik orang yang dah dipecat

Menurut Raja Ahmad lagi, persoalan yang timbul bagaimana seorang yang telah ditamatkan perkhidmatan boleh dilantik semula sebagai TNC di tempat lain. Padahal beliau telah mengaibkan bekas majikannya dengan tindakan saman dan ianya bakal dibicarakan.

“Bagaimana seorang yang telah ditamatkan perkhidmatan sebagai TNC disalah sebuah IPTA lain dan telah mengaibkan institusi terdahulu berkenaan dengan tindakan saman mahkamah telah dilantik pula ke sebuah institusi lain.

“Dalam keadaan pula kes tersebut akan dibicarakan dan belum dapat ditentukan saman tersebut fitnah atau sebaliknya diangkat pula sebagai TNC sebuah IPTA lain sedang IPTA tersebut mempunyai ramai bilangan Professor yang lebih layak dan mempunyai integriti yang tinggi,” jelas Raja Ahmad lagi.

Sedangkan Menteri Pengajian Tinggi pernah berjanji, setiap lantikan Naib-Naib Canselor dan TNC perlu melalui proses Jawatankuasa Pemilih (Search Committee) yang ketat. Tapi, bagaimana Dr Rogayah boleh dilantik semula.

“Tidak adakah calon-calon yang bersih dan mempunyai kredebiliti yang lebih tinggi layak untuk memikul tanggungjawab tersebut,” soal Raja Ahmad.

--WARKAHDAILY



1 ulasan for "Pelik! Dr Rugayah pernah ‘dipecat’ sebagai TNC UTHM tapi kini dilantik TNC UPNM"

  1. AdeelaHime says:

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Leave a reply

Subscription

You can subscribe by e-mail to receive news updates and breaking stories.

Tag Cloud

AFC Cup (16) agama (22) automotif (35) badminton (38) bersih (46) bola sepak (92) dunia (454) ekonomi (193) EPL (53) extra (1) feature (20) gadgets (13) hiburan (1) highlight (9) La Liga (6) lain-lain (103) Liga Juara-Juara (18) Liga M (145) LTdL (11) Motorspot (14) NahasMH17 (14) opinion (48) Piala Malaysia (20) PialaDunia (24) politik (1521) prk hulu selangor (84) prn-sarawak (39) rencana (30) santai (42) SEA Games (8) sihat (19) sukan (575) teknologi (36) terkini (21) thomas uber cup (18) umum (1111) wilayah (309)

Recent News

Archives