Web Blog

Sahabat

Tags

    Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

Supports

Pengunjung

Rasuah: MB Terengganu kena siasat?

Diterbitkan oleh: Admin
Ahad, Januari 08, 2012

Oleh: anaabdullah

Dua tiga empat hari ini penulis ada dengar beberapa cerita yang menarik. Antaranya cerita pasal Menteri Besar Terengganu akan di siasat.

Siasat pasal apa pula. Apa salah Datuk Ahmad Said (gambar). Rasuah kah. Bukankah selama ini dia bebas dari tuduhan rasuah. Malahan beliau sendiri pernah berkata Terengganu bebas rasuah.Tiada rasuah macam negeri Kelantan Juga.

Kalau begitu apa pula kesnya? Sudah tentu kes rasuahlah tu. Kalau kes khalwat yang heboh dua tiga bulan lepas tak mungkin, kerana dia akan saman orang yang bawa cerita itu.

Cerita terbaru, dia sedia disiasat. Bermakna ada keslah tu. Tapi dia tak takut, malahan bersedia memberi kerjasama pada badan SPRM untuk menyiasat dirinya.

Menteri Besar kan kebal. Apa nak ditakutkan. Sebab itu dia berani bercakap sedia di siasat. Macam juga perdana menteri. Apa yang nak ditakutkan. Siasat boleh siasat, tapi hasilnya mereka tak bersalah.Bebas sebebasnya.

Bayangkan seorang remaja yang curi ubat gigi dipasar raya dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara. Seorang pemimpin yang dibicara kes rasuah membabitkan duit RM 5.6 juta dipenjara 12 bulan saja. Dia akan buat rayuan. Nampaknya ada harapan bebas.

Seorang bekas menteri baham duit RM 280 juta bebas sebebasnya. Demikian juga seorang bekas orang berkuasa kilang Pewaja yang ada bil bayaran sebanyak RM 76 juta juga bebas.

Atas sebab itulah Ahmad said berani bercakap yang dia bersedia untuk disiasat. Siasatlah. Jerung tak lekat dari sebarang kes, hatta kes bunuh sekalipun. Apatah lagi kes rasuah bermaharajalela kini.

Sehubungan dengan beberapa cerita yang penulis dengar, ada lagi cerita yang mengejutkan sesetengah pihak. Dengar cerita Ahmad Said dipanggil Al Sultan pasal pembinaan lebuhraya. Lebuhraya mana penulis tak tahu.

Di Terengganu sekarang ini ada dua lebuhraya. Satu lebuhraya Jabur ke Kuala Terengganu yang baru siap dua fasa dan lain-lain fasa dijangka siap hujung tahun 2012. Tapi mungkin tak siap kerana ada masalah kewangan.

Dua, lebuhraya Jeram ke Teluk Pasu sepanjang 5.6 kilometer yang menelan belanja RM 250 juta dan sebuah jambatan kekangkang gajah menelan belanja RM 210 juta dalam dilema.

Satu cerita lagi ialah pasal Stadium Sultan Mizan Gong Badak yang akan dibaiki tahun ini dan kosnya ditangung kontraktor asal . Kalau benar begitu selamatlah duit rakyat negeri. Atap (bumbung) yang akan dipasang itu (nanti) buatan (dari) German lebih mahal berbanding atap terdahulu.

Satu lagi cerita yang bertuip kencang iaitu cerita orang besar pencetakan Yayasan Islam Terengganu memilik MPV BMW yang mengejutkan kebanyakan kaki tangan awam negeri Terengganu.

Mengapa tidak? bayangkan setakat ini tiada seorang pun Setiausaha kerajaan negeri memiliki MPV BMW ketika menjawat jawatan itu. Ini orang besar pencetakan Yayasan Islam yang untungnya kecil. Kalau dulu ia asyik rugi, tak pernah buat untung.

Tapi hari ini orang besar pencetakan Yayasan Islam Terengganu seorang saja memiliki BMW jenis itu.

Sumber: Tranungkite.net

Posted by Admin on Ahad, Januari 08, 2012. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response.

Iklan Banner post

Click For Latest KL Server Promotion Dana Pembangunan SRIBU

Leave a reply

Arkib Blog

Iklan Skyscraper

Advertisement

Iklan 1

Artikel berkaitan

Label