Penari lucah, model bogel antara 10 kekasih gelap kapten MU

Posted by Admin on Jumaat, 8 Julai 2011 | 0 ulasan


LONDON: Seorang penari lucah, seorang model bogel dan seorang penyanyi pop merupakan sebahagian daripada 10 wanita yang menjalin hubungan sulit dengan kapten kelab bola sepak Manchester United (MU), Rio Ferdinand, lapor sebuah akhbar semalam.

Nama sekurang-kurangnya 10 wanita yang didakwa kekasih gelap Ferdinand itu didedahkan di Mahkamah Tinggi London kelmarin semasa perbicaraan kes saman ganti rugi bintang MU berkenaan terhadap sebuah akhbar mingguan tempatan kerana menyiarkan berita hubungan sulitnya dengan seorang pereka dalaman, Carly Storey.

Ferdinand, 32, yang turut mewakili pasukan England telah berkahwin dengan Rebecca Ellison pada 2007 dan mereka kini mempunyai 3 anak.

Pemain pertahanan MU itu cuma menuntut ganti rugi berjumlah £50,000 (RM240,527) terhadap akhbar berkenaan kerana melanggar hak peribadinya dengan menyiarkan laporan tersebut walaupun dia memperoleh pendapatan dianggarkan jutaan pound.

Namun, peguam defendan, Gavin Millar memberitahu mahkamah bahawa pendedahan memalukan itu perlu dibuat demi menjaga kepentingan awam dan untuk mendedahkan sikap sebenar Ferdinand yang sebelum ini dilabel pemain bersih daripada sebarang skandal.

"Dia (Ferdinand) telah mengabui mata orang awam selama beberapa tahun," kata peguam tersebut.

Antara wanita yang didakwa pernah menjalinkan hubungan dengan Ferdinand termasuk dua model Israel, Lilach Yafe dan Tslil Sela masing-masing berusia 29 dan 22 tahun, model Brazil, Tatiane Rosalino, 26, model bogel, Holly McGuire, 33, dan penari lucah berusia 22 tahun, Coralie Robinson serta pramugari syarikat Virgin, Lauren Alcorn. -Agensi



0 ulasan for "Penari lucah, model bogel antara 10 kekasih gelap kapten MU"

Leave a reply

Subscription

You can subscribe by e-mail to receive news updates and breaking stories.

Tag Cloud

AFC Cup (16) agama (22) automotif (35) badminton (38) bersih (46) bola sepak (92) dunia (454) ekonomi (193) EPL (53) extra (1) feature (20) gadgets (13) hiburan (1) highlight (9) La Liga (6) lain-lain (103) Liga Juara-Juara (18) Liga M (145) LTdL (11) Motorspot (14) NahasMH17 (14) opinion (48) Piala Malaysia (20) PialaDunia (24) politik (1521) prk hulu selangor (84) prn-sarawak (39) rencana (30) santai (42) SEA Games (8) sihat (19) sukan (575) teknologi (36) terkini (21) thomas uber cup (18) umum (1111) wilayah (309)

Recent News

Archives