Web Blog

Sahabat

Tags

    Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

Supports

Pengunjung

Tabung haji dijangka agih bonus tertinggi hasil keuntungan RM1.5 bilion

Diterbitkan oleh: Admin
Khamis, Januari 13, 2011

PUTRAJAYA: Tabung Haji (TH) dijangka mengagihkan pembayaran bonus yang lebih tinggi kali ini setelah mencatatkan keuntungan tertinggi dalam sejarah penubuhannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengagihan bonus itu hasil keuntungan sebanyak RM1.5 bilion yang diperoleh agensi itu tahun lepas.

Menurutnya, pengumuman rasmi perkara tersebut akan diumumkan selewat-lewatnya hujung bulan ini.

"Keuntungan TH sebanyak RM1.5 bilion merupakan yang tertinggi dalam sejarah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"Kita sedang mencongak dan akan umumkan (bonus itu) tidak lewat hujung Januari ini kerana masih berbincang dengan pihak TH," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perhimpunan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail berkata, mengikut rekod, TH telah mengagihkan dividen sebanyak lima peratus tahun lepas.

"Pada 2009, TH membayar sebanyak lima peratus dan untuk tahun ini kita akan umumkan nanti," katanya.

Tambahnya, bayaran dividen yang dibuat oleh TH juga mencatatkan prestasi yang memberangsangkan berbanding agihan dividen oleh perbankan Islam yang lain.

"Kita kena buat perbandingan antara dividen TH bayar serta akaun bank-bank perbankan Islam lain, perbezaan dari sudut itu kita mencatatkan jumlah yang memberangsangkan," katanya.

Posted by Admin on Khamis, Januari 13, 2011. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response.

Iklan Banner post

Click For Latest KL Server Promotion Dana Pembangunan SRIBU

Leave a reply

Arkib Blog

Iklan Skyscraper

Advertisement

Iklan 1

Artikel berkaitan

Label