728x90 AdSpace

Headlines
Friday, 28 January 2011

Perodua akan lancar 500 unit Alza Exclusive Edition untuk pasaran pertengahan tahun

KUALA LUMPUR: Perodua akan melancarkan 500 unit Alza Exclusive Edition, iaitu satu versi Alza yang lebih canggih yang ditambah baik, yang kemungkinan disasarkan ke pasaran pada pertengahan tahun ini, sebagai peringatan terhadap lawatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke syarikat itu kelmarin.

(Inikah Alza yang dimaksudkan?Tak kot…hehe)

Dalam satu kenyataan di sini pada Rabu, Perodua berkata harga muktamad, ciri-ciri tambahan dan tarikh tempahan akan diumumkan tidak lama lagi.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata Perodua adalah syarikat kereta nombor satu di segi jualan sejak lima tahun berturut-turut sehingga Disember tahun lepas.

"Tahun lepas, kami telah menjual kira-kira 188,600 unit dengan penguasaan agihan pasaran 31.2 peratus berbanding dengan 8,880 unit yang dijual dan agihan pasaran 4.4 peratus pada 1994," katanya.

Dr Mahathir diberi beri sambutan meriah pada lawatan di ibu pejabat Perodua di Rawang itu. Beliau pernah melakukan lawatan kira-kira 10 tahun lepas.

Ribuan pekerja, yang diketuai Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin, anggota lembaga pengarah serta pengurusan kanan menyambut ketibaan Dr Mahathir.

Bersempena lawatan itu, Perodua menghadiahkan satu unit Alza, kenderaan pelbagai guna yang popular yang menggunakan nombor plet 2020 kepada Dr Mahathir, yang melambangkan Wawasan 2020, iaitu rancangan jangka panjang yang diperkenalkannya.

Perodua turut menjanjikan untuk menderma RM1,000 daripada jualan setiap unit Alza Exclusive Edition kepada Yayasan Kepimpinan Perdana.

Jumlah keseluruhan derma Perodua dijangka RM500,000.

"Badan korporat atau individu turut dialu-alukan membuat sumbangan.

"Mereka digalak membayar lebih bagi harga Alza Exclusive Edition dan Perodua akan menyerahkan sumbangan masing-masing kepada yayasan itu," kata Aminar. -Bernama
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Perodua akan lancar 500 unit Alza Exclusive Edition untuk pasaran pertengahan tahun Rating: 5 Reviewed By: Admin

[ c l o s e ]