Cili terpedas di dunia

Posted by Admin on Ahad, 5 Disember 2010 | 1 ulasan


LONDON: Sejenis cili kacukan baru, Naga Viper diiktiraf sebagai cili paling pedas di dunia, mengalahkan pemegang rekod sebelum ini, Bhut Jolokia atau 'cili hantu'.

Tahap kepedasan Naga Viper direkodkan lebih 300,000 mata berbanding Bhut Jolokia pada skala Scoville yang mengukur tahap kepedasan cili dengan mengesan kewujudan sejenis bahan kimia dalam tumbuhan itu.

Penyelidik di Universiti Warwick yang menguji cili itu mendapati, ia mencapai tahap kepedasan sehingga 1,359,000 mata berbanding kebanyakan cili biasa yang mempunyai tahap kepedasan antara 2,500 dan 5,000 pada skala Scoville.

Naga Viper adalah hasil kacukan oleh seorang petani Britain, Gerald Fowler, yang menggabungkan tiga jenis cili paling pedas di dunia, termasuk Bhut Jolokia, untuk menghasilkan cili jenis baru itu.

"Pengalaman memakan cili ini adalah sesuatu yang menyakitkan. Ia sangat pedas sehingga mampu melunturkan cat pada dinding," katanya.

Akhbar Britain turut melaporkan penyelidik pertahanan negara itu sudah mula mengkaji potensi cili tersebut untuk digunakan sebagai senjata.



1 ulasan for "Cili terpedas di dunia"

  1. Tanpa Nama says:

    ingat kot cabai malaka dengan cabai burung saja yang pedes ghupanya ada lagi cabai yang lebih pedes??

Leave a reply

Subscription

You can subscribe by e-mail to receive news updates and breaking stories.

Tag Cloud

AFC Cup (16) agama (22) automotif (35) badminton (38) bersih (46) bola sepak (92) dunia (454) ekonomi (193) EPL (53) extra (1) feature (20) gadgets (13) hiburan (1) highlight (9) La Liga (6) lain-lain (103) Liga Juara-Juara (18) Liga M (145) LTdL (11) Motorspot (14) NahasMH17 (14) opinion (48) Piala Malaysia (20) PialaDunia (24) politik (1521) prk hulu selangor (84) prn-sarawak (39) rencana (30) santai (42) SEA Games (8) sihat (19) sukan (575) teknologi (36) terkini (21) thomas uber cup (18) umum (1111) wilayah (309)

Recent News

Archives