Umur bersara wajib staf kerajaan bakal dilanjutkan 60 tahun?

Posted by Admin on Isnin, 5 April 2010 | 5 ulasan


Umur persaraan wajib kakitangan awam yang kini 58 tahun kemungkinan dilanjutkan dua tahun lagi jika menerima persetujuan kedua-dua pihak kerajaan dan kesatuan sekerja.

(Kenaikan had umur persaraan staf kerajaan boleh menjimatkan pembayaran wang gratuiti, kata sumber. -Gambar hiasan)

Jika adanya keputusan itu bermakna kerajaan pusat mengkaji semula soal itu buat kali ketiga dalam lima tahun lalu.

The Malaysian Insider difahamkan kerajaan sedang menghalusi perkara ini atas pertimbangan kewangan dan sosial termasuk melanjutkan peluang pekerjaan kepada kakitangan awam.


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja awam sudah memulakan perbincangan ke arah itu awal tahun ini.

Kedua-dua pihak dijangka menyentuh isu yang sama pada pertemuan susulan mereka di Putrajaya, hari ini.

Saiz kakitangan awam di Malaysia adalah seramai 1.2 juta orang dengan hampir 40 peratus merupakan kaum pendidik.

“JPA dan Cuepacs sudah memulakan perbincangan menyentuh cadangan menaikkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun.

“Dan, sudah ada bayangan untuk dilanjutkan umur bersara wajib di pihak kerajan tetapi belum ada kata putus muktamad. Kami berharap akan ada perkembangan positif dalam pertemuan kali ini (hari ini),” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Cuepacs dikatakan tiada masalah jika umur persaraan sekarang dikaji semula.

Malah Cuepacs sendiri pernah mengemukakan memorandum agar umur persaraan dinaikkan menjadi 60 tahun sebagaimana diamalkan di beberapa negara asing.

Kerajaan menaikkan umur persaraan wajib ke paras semasa mulai Julai 2008.

Sumber juga memberitahu kerajaan kemungkinan bersetuju dengan idea dinaikkan had umur persaraan kerana ia boleh menjimatkan pembayaran wang gratuiti.

“Dari sudut itu saya yakin akan ada lampu hijau daripada kerajaan agar umur persaraan dikaji dan dinaikkan,” katanya

Baru-baru ini JPA mengeluarkan arahan bahawa mereka yang memutuskan untuk bersara secara pilihan tidak akan dibayar wang gratiuti sepenuhnya. -Malaysian Insider

WarkahDaily - Baru lagi duk nyusun pasai umuq pencen ni, pastu nak ubah lagi plak dah. Sekarang apa relevannya sampai 60 tahun jadi staf kerajaan tidaklah diketahui. Ikut berita atas tu, sebab nak jimat belanja. Bersama-samalah kita tunggu apa keputusan kerajaan nanti.

Apa-apa pun, tahniahlah kepada staf kerajaan yang suka makan gaji lama-lama tu. Yang tak suka pulak, nasib jelah, dah kome staf, buat lah gaya macam staf...ehehe



5 ulasan for "Umur bersara wajib staf kerajaan bakal dilanjutkan 60 tahun?"

  1. Tanpa Nama says:

    KERAJAAN NI NAK LANJUTKAN UMUR PERSARAAN SAMPAI KE60 TU BUAT APA?BERILAH MEREKA PENCEN UMUR55TAHUN SELEBIH UMUR TU BIARLAH MEREKA BERPELUANG MEMBUAT AMALAN IBADAH YANG SEMPURNA SEBAGAI BEKALAN MEREKA DIAKHIR HAYAT.SEKARANG NI KERAJAAN TENGOKLAH KEADAAN DISEKELILING BANYAK SISWAZAH YANG MENGGANGOR,DENGAN PERSARAAN 55TAHUN AKAN DAPAT MEMBERI PELUANG GRADUAN INI BEKERJA.SAMPAI BILA KAKITANGAN KERAJAAN YANG TELAH MENCAPAI UMUR 55TAHUN HENDAK MENDONGAK DUNIA MENGABDIKAN MASA?BUKAN BERTUJUAN HENDAK MENYINDER SESIAPA TAPI INI HANYA SEKADAR MELAYARI HALWA FIKIRAN SERTA PANDANGAN.YANG JELAS PASTI DUNIA KATA PERGI,MASIH DALAM KERAGUAN ADAKAH BEKALAN SUDAH CUKUP UNTOK KESYURGA ATAU NERAKA yang SEDANG MENANTI.

  2. staf bengkel says:

    Biasalah sahabat, dengar ceritanya nak jimatkan pembayaran wang gratuiti.

    Jadi depa kata takdak lah keluar banyakkan duit kerajaan kepada rakyat.

    Duit lebih tu boleh buat benda lain, contoh: pergi enjoy ke, bahagi kat suku sakat ke dll..

  3. nana tanjung says:

    jawabnya... nana nak kena sambung lagi laa....pasai dok di rumah pun badan nana nanti sakit.....baik laa keroja jugak......sambay-sambay tu boleh laa meniaga tongkat....mana laa tau....kawan-kawan jatuh kat pejabat bolehlah tolon.........kah kah kah

  4. Tanpa Nama says:

    kakakah, lawak..lawak..
    aku percaya, bisnes ko berjaya sebab ramai yg akan beli. fuh, 60 tahun tu!

  5. Tanpa Nama says:

    Saya fikir CUEPACS sudah melampau nak minta pencen ke usia 60 tahun pula. Kasihanilah sama penganggur-penganggur. Atau CUEPACS minta umur bersara hingga ke akhir hayat supaya tak payah nak minta tambah lagi. Senang cerita.

Leave a reply

Subscription

You can subscribe by e-mail to receive news updates and breaking stories.

Tag Cloud

AFC Cup (16) agama (22) automotif (35) badminton (38) bersih (46) bola sepak (92) dunia (453) ekonomi (193) EPL (53) extra (1) feature (20) gadgets (13) highlight (9) La Liga (6) lain-lain (103) Liga Juara-Juara (18) Liga M (145) LTdL (11) Motorspot (14) NahasMH17 (14) opinion (48) Piala Malaysia (20) PialaDunia (24) politik (1521) prk hulu selangor (84) prn-sarawak (39) rencana (30) santai (42) SEA Games (8) sihat (19) sukan (574) teknologi (36) terkini (21) thomas uber cup (18) umum (1111) wilayah (309)

Recent News

Archives