Hobi pelik: cium coli, seluar dalam wanita yang sudah dipakai

Posted by Admin on Isnin, 12 April 2010 | 2 ulasan

KULIM: Gerak-geri mencurigakan seorang lelaki yang sering berlegar di kawasan perumahan di sekitar Taman Teknologi Tinggi Kulim, dengan membawa sebuah beg pakaian sejak beberapa minggu lalu, terjawab apabila dia dicekup orang ramai ketika menceroboh rumah didiami penuntut wanita kerana mencuri seluar dalam wanita dan coli, Khamis lalu.

(Kanan: gambar hiasan)

Lelaki berusia 36 tahun dan sudah berumah tangga itu mengakui memiliki hobi pelik iaitu menghidu seluar dalam wanita yang sudah dipakai yang dicurinya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata lelaki terbabit ditahan orang ramai kira-kira jam 1 pagi selepas tindakannya menceroboh rumah sewa sekumpulan penuntut perempuan itu disedari jiran.

“Seorang jiran yang kebetulan berada di dapur rumahnya ternampak kelibat seorang lelaki mencurigakan masuk ke kawasan rumah penuntut itu sebelum dia menghubungi jiran lain.

“Selepas melakukan pemerhatian selama beberapa minit, suspek kemudian dilihat mencuri beberapa helai pakaian dalam wanita sebelum penduduk di kawasan itu menyergah,” katanya ketika ditemui selepas Program Dialog Ketua Polis Kedah Bersama Penduduk Kampung Sedim di kawasan rekreasi Sungai Sedim, dekat sini, semalam.

Hadir sama Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan. Ghuzlan berkata, suspek yang terkejut cuba melarikan diri, namun gagal apabila dicekup penduduk yang sudah mengepungnya.

Ketika ditahan, penduduk menemui beberapa seluar dalam wanita dan coli di dalam beg dan poket suspek sebelum diserahkan kepada polis. “Hasil soal siasat suspek mendakwa dia mencuri seluar dalam wanita dan coli yang belum dibasuh itu semata-mata mahu menghidunya. “Dia mengaku dengan tabiat peliknya itu dan selain rakyat tempatan, dia juga mencuri pakaian dalam milik wanita warga asing,” katanya.

Menurutnya, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh. -HMetro

WarkahDaily - Aduhai, zaman semakin 'canggih'. Gara-gara nafsu, seorang lelaki sanggup bersusah payah untuk merealisasikan hobi peliknya dengan mencium seluar dalam dan coli wanita.

Dah takdak sangat dah ke hobi yang bagus sikit. Itulah manusia, bila nafus dah mengatasi akal, semuanya boleh jadi. Asalkan kehendak nafsu dapat ditunaikan.

Apakah penyelesaian yang boleh dicadangkan kepada orang jenis sebegini? Kumpul duit, suruh kahwin?

2 ulasan for "Hobi pelik: cium coli, seluar dalam wanita yang sudah dipakai"

  1. Tanpa Nama says:

    Dia dah kahwin kan?? takkan nak suruh kahwin lagi..

  2. Tanpa Nama says:

    bermakna kena tambah lagi satu la tu. satu nampak cam x cukup. nafsu dah m`ngatasi segala2nya.

Leave a reply

Subscription

You can subscribe by e-mail to receive news updates and breaking stories.

Tag Cloud

AFC Cup (16) agama (22) automotif (35) badminton (38) bersih (46) bola sepak (92) dunia (454) ekonomi (193) EPL (53) extra (1) feature (20) gadgets (13) hiburan (1) highlight (9) La Liga (6) lain-lain (103) Liga Juara-Juara (18) Liga M (145) LTdL (11) Motorspot (14) NahasMH17 (14) opinion (48) Piala Malaysia (20) PialaDunia (24) politik (1521) prk hulu selangor (84) prn-sarawak (39) rencana (30) santai (42) SEA Games (8) sihat (19) sukan (575) teknologi (36) terkini (21) thomas uber cup (18) umum (1111) wilayah (309)

Recent News

Archives