Hasil berbelanja RM300 juta dana awam?
Kebarangkalian hasil daripada usaha untuk mengekang pengaliran maklumat dari blog dan laman web pro-Pakatan Rakyat telah menerima kesannya.
Kesanggupan pemerintah mengeluarkan dana awam sebanyak RM300 juta untuk mengupah penggodam-penggodam komputer dari India menjelang PRU 13 menampakkan keberhasilannya apabila laman rasmi PAS Negeri Pahang (Pahangkini.net), kelolaan Jabatan Penerangan PAS negeri (Japen) telah diceroboh dan dimusnahkan seluruh kandungan malam tadi menyebabkan seluruh operasinya tergendala.
Pahangkini.net telah pun dijadikan mangsa kecelaruan puak-puak Umno, dan berkemungkinan laman-laman lain yang tengah 'hot' juga akan menerima nasib yang sama.
Perkara ini disebabkan Umno-BN yang semakin gusar dan bimbang dengan perkembangan media baru yang sukar dikekang menyebarkan maklumat dan menjadi alternatif bagi rakyat untuk mengetahui perkembangan terkini dan isu semasa yang lebih sihat dan tepat.
Setiausaha Japen, Hashim Abdullah berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu dipercayai mungkin berpunca daripada rasa tidak senang pihak tertentu terhadap kesungguhan Pahangkini.net membongkar dan mendedah berita-berita yang berani, telus, bebas dan berintegriti termasuk mengkritik dasar kerajaan Umno/BN.
Rakyat sudah muak dengan berita mengampu dan berat sebelah yang disebarkan media massa yang dipengaruhi Umno-BN dalam ulasan isu semasa dan berita yang tepat dan jujur. Maka rakyat telah berubah arah kepada media baru seperti website, blog, facebook dan sebagainya bagi mendapatkan berita yang yang lebih segar dan tepat tanpa dibiaskan kepada mana-mana pihak yang berkepentingan.
Perkembangan itu telah menyebabkan kerajaan yang dipimpin BN bimbang dan mereka cuba halang rakyat daripada mendapat berita tepat dan benar. Mereka hanya ingin rakyat disogok dengan berita pembohongan mereka semata-mata.
Bagi BN, rahsia kebejatan pentadbiran mereka sejak lebih 50 tahun dulu tidak boleh diberitahu kepada rakyat. Kuasa mereka yang kekal sejak merdeka dahulu adalah hasil daripada penipuan dan pembohongan semata-mata.
Jadi, dengan bangkitnya media baru ini, BN gusar dan takut pembohongan dan tembelang mereka akan pecah dan diketahui rakyat. Maka kuasa mereka akan tergugat untuk terus memerintah negara kita.
Maka, kekayaan negara susahlah untuk mereka rompak dan penuhkan poket-poket mereka dan kroni, kaum kerabat terdekat.
Kesanggupan pemerintah mengeluarkan dana awam sebanyak RM300 juta untuk mengupah penggodam-penggodam komputer dari India menjelang PRU 13 menampakkan keberhasilannya apabila laman rasmi PAS Negeri Pahang (Pahangkini.net), kelolaan Jabatan Penerangan PAS negeri (Japen) telah diceroboh dan dimusnahkan seluruh kandungan malam tadi menyebabkan seluruh operasinya tergendala.Pahangkini.net telah pun dijadikan mangsa kecelaruan puak-puak Umno, dan berkemungkinan laman-laman lain yang tengah 'hot' juga akan menerima nasib yang sama.

Post a Comment